Seronok sangat tengok stok produk dekat rak tu berkurang, terjual sikit demi sikit.Sales laju je, alhamdulillah.
Bila stock dah nak habis. Anda pun hubungi HQ untuk restock produk.Ye la. Tak nak terputus stock.Nanti serabut kepala.
Tapi.
“Eh! Apasal duit tak cukup ni?”
“Sepatutnya duit aku cukup nak restock ni.”
“Tapi apasal tak cukup ni?”
“Pelik betul la. Ada orang curi duit aku ke?”
Kalau dialog di atas ni terkesan pada anda, besar kemungkinan anda la yang dah “tercuri” duit tu.
Tapi anda tak perasan.Sebab tu selain belajar buat sale, anda juga kena belajar nak uruskan duit bisnes anda tu.Anda kena belajar juga ilmu kewangan.Duit bisnes tu duit bisnes.Asing jangan campurkan. Itu asas dia.Macam mana caranya?
Ikutlah mana yang senang untuk anda.Dalam ebook saya, saya ada ceritakan teknik sampul. Teknik ni memang mudah nak buat.

Leave a Reply