Selepas setahun MHAMSB beroperasi, barulah kami berkesempatan untuk bertemu agen-agen yang komited di Program Leadership Guerilla MHAMSB 2.0.

Program pada 13 dan 14 Mei 2017 telah dihadiri oleh hampir 50 agen di HQ MHAMSB di Bentong, Pahang. Ada yang datang bersendirian, ada yang datang bersama keluarga. Selain daripada untuk bertemu dan bersuaikenal, program ini dimanfaatkan dengan pelbagai pengisian ilmu :

  • Leadership, sales dan marketing oleh Tuan Syamsul Adlan Mahrim
  • Online marketing oleh Pengurus IT MHAMSB, Nazirul Zakwan
  • Pengurusan kewangan oleh Ibu Hanim
  • Tip close sale dan menguruskan agen oleh saya sendiri
  • Sesi penggambaran gambar dan video oleh Atan Mukri

Pada penghujung program, produk terbaru iaitu Kaisa Skincare telah dilancarkan oleh para SuperStokis yang hadir.

Walaupun jadual padat, agen-agen tetap fokus dan tekun belajar. Ada juga yang ditimpa musibah seperti tayar pancit, tapi insya Allah kesemuanya kami dapat layan dengan sebaik mungkin.

Bertemu dengan agen-agen tersayang, sememangnya satu pengalaman yang tidak dapat saya lupakan.

MHAMSB akan terus komited membimbing sepenuhnya pengedar naungan kami. Banyak lagi program berkala yang akan diadakan selepas ini. Semoga MHAMSB terus maju dan berjaya di masa akan datang, amin. 🙂

Leave a Reply