Alhamdulillah. Jalan tak jammed sangat. Dah nak sampai rumah.

Tapi hati gundah sikit. Meninggalkan ayah dalam keadaan dia dah muntah hitam tiga kali sejak 3 hari lepas. Esok kalau muntah hitam lagi adik nak bawa ke hospital.Maka berulanglah dari sini.

25 hari duduk hospital hari tu.Seminggu nak raya baru boleh balik. Berkat doa semua tempoh hari doktor kata tak ada penyakit kritikal macam yang disangka. Alhamdulillah. Terima kasih atas doa kalian.

Dan terima kasih pada saudara mara yang sudi melawat ayah saya.

Ayah saya dah tinggal tulang. Tak boleh makan, boleh minum susu je. Tidur 24 jam, tak kejut tak bangun. Kadang minum susu pun kena paksa.

Harap sempat berjasa lagi kepada ayah.
8 tahun lepas ketika dia sakit saya masih bekerja. Bila dah lebih berjaya ayah tak sempat merasa apa-apa sangat sebab terlantar dan tak nak keluar rumah.

Ini bahagian kami. Ada orang yang lebih besar ujiannya.

Semoga kita semua kuat dan dipermudahkan segala urusan. Aamiin.

Leave a Reply