

Bisnes Online MeletopAkan Datang
Seorang pendidik, pencinta ilmu, trainer, usahawan dan mentor kepada para usahawan lain – Cikgu Nor Fazilah adalah pengasas dan CEO kepada dua syarikat – MHAM Sdn Bhd dan BMS Sdn Bhd yang mengfokuskan kepada pengeluaran produk-produk natural dan pengembangan potensi para agen untuk menjadi usahawan yang berjaya.
Hasilnya, produk-produk keluaran MHAM dengan jenama ASMAK telahpun mendapat tempat di pasaran tempatan. Pada 2017, beliau menubuhkan pula Bumi Maya Solutions Sdn Bhd untuk mengembangkan lagi aktiviti bimbingan beliau ke seluruh negara.
Komited untuk berkongsi kebaikan rawatan semulajadi yang lebih natural dan selamat, Cikgu Nor Fazilah telah mengasaskan MHAM Sdn Bhd pada pertengahan 2016, dengan matlamat melahirkan para usahawan yang mendapat didikan beliau secara terus.