Assalamualaikum dan salam sejahtera
Hai semua,apa khabar ? Nama saya Nor Fazilah Abd Mohd,ibu kepada 5 orang anak.Saya bekas guru yang berkecimpung dalam bidang pendidikan hampir 15 tahun dan berhenti atas faktor tertentu.Saya tak pasti kisah kenapa saya berhenti itu dah diterbitkan belum dalam ini.Jika belum nanti saya masukkan ye,sebab blog ini adalah ibarat diari saya untuk tatapan anak-anak dan semualah yang nak baca.
Saya bukan sesiapa pun,sekadar menulis sebab suka berkongsi.Sayangnya sudah agak lama saya tidak dapat menulis betul-betul.Habis blog ini siapa yang uruskan?Percaya tak,inilah artikel yang betul-betul saya update di sini buat pertama kali !
Habis yang sebelum ni siapa update?Admin dan staf yang update kan.Hehe
Mereka ambil dari perkongsian saya di FB.
2018 semangat untuk menulis datang kembali.Saya rindukan zaman-zaman saya rajin update blog dulu.Fuh,kadang berjaga tengah malam update blog sebab mencurah-curah idea masa tu.Waktu lain yang saya suka update blog ialah sebelum Subuh dan selepas Subuh sehingga pukul 9am-10 am.Tapi kadang-kadang ada juga gunakan masa terluang yang lain.Pantang ada peluang mesti update blog Jutawangold.com dan beberapa blog lain yang saya kendalikan.
Saya sebenarnya rapat dengan anak-anak.Saya ada banyak cerita tentang mereka dan pernah abadikan di sebuah web blog cikgusimple.com.Sayangnya ianya terkubur atas kesilapan saya.Alhamdulillah selepas itu saya cuba selamatkan hartanah maya yang saya ada.Saya juga pernah kehilangan nangkamadu.com atas perbuatan dan kesilapan individu lain.Rasa “kehilangan” sangat.Kalau nak baca penulisan saya tentang emas,boleh klik sini — > http://www.jutawangold.com
Saya memulakan bisnes secara lebih serius 2010 (Serius ke sebab masih bekerja?Eh,entahlah). Tapi saya menjadikan ianya sebagai sampingan.Masa tu ramai ingat saya fulltime meniaga.Hehe
Ye la,sampingan pun dah buat sepenuh jiwa akan nampak macam fulltime.Tapi jangan sampai abaikan kerjaya hakiki.Jangan kau guna wifi tempat kerja kau tu.Waktu rehat bolehla nak belek-belek handphone.
Pengalaman juga tu sewaktu menjadi pendidik.Takkan dilupakan walaupun ada kepahitan dan trauma yang sehingga sekarang masih terbayang-bayang.
Tak apalah,adalah hikmah-Nya tu kan.
Saya juga suka berjalan.Ya Ampun,nak tahu tak,dekat hp saya ada 30k+ gambar !Itu baru dekat hp yang saya gunakan nak masuk dua tahun.Hp saya yang sebelum ni pun ada beribu-ribu gambar.Adalah simpan di pendrive.Baru-baru ni ada rakan fb kongsikan pelbagai cara untuk simpan gambar yang banyak tu.Nanti saya share kan di sini.
Bila banyak berjalan,banyaklah gambar ambil kan.Teringin juga nak share nanti lokasi-lokasi yang kami dah sampai tu. Nanti saya update ye.
Tapi saya ada satu rahsia,korang jangan beritahu sesiapa tau.Ada satu negeri saya belum sampai tau dekat Malaysia ni.Nak tahu negeri apa? Negeri Perlis.Hehe
Sebenarnya Sabah,Sarawak pun saya baru je sampai tahun lepas.Bonus dapat ke Brunei sekali.Itupun sebenarnya lawatan road tour jumpa team pengedar di sana.Bolehla,sambil menyelam minum air kan.
Tapi Sabah pertama kali pergi selepas balik dari umrah bulan 2 tahun lepas-2017.Memang pergi berjalan la bawak anak-anak dan ianya pengalaman kedua kami naik kapal terbang.Sebab dulu saya pernah berniat kali pertama naik kapal terbang mesti pergi umrah dulu.Alhamdulillah tercapai.Betullah,apa-apa yang kita nak,kita pasang impian dulu.InsyaAllah akan tercapai.
Malaysia ni banyak sangat tempat-tempat menarik.Serius.Banyak sangat.Lawa giler.Terpegun.Kadang kami redah pergi ke tempat yang orang tak pernah dengar,tapi tempat tu best sangat.Mesti korang nak tahu kat mana kan.Tunggulah,nanti saya update ok.
Tahun lepas tahun yang agak meletihkan.Dari 2016 membawa ke sepanjang tahun 2017 saya sibuk bukan sahaja menguruskan team pengedar,team staf,tetapi hal-hal dalaman syarikat.Dah buka company Sdn Bhd,maka kena hadaplah semua benda-benda untuk dokumentasi.Ya Allah,hampir stress,tapi sebab orang Matematik memang suka cabaran,jadi daku hadapi dengan hensem.Eh,hensem pulak,dengan ayu gitu.Ayu la sangat,tolong jangan muntah.Hihi
Sebenarnya kadang-kadang rasa sunyi sebab anak-anak yang dah besar sikit,3 orang tu duk madrasah.Selalu diorang la yang menggamatkan suasana dekat rumah ni.Tinggallah dua yang kecik sikit tu di rumah.Sebab tu nak sibukkan diri.Kalau kalian pun ada anak yang jauh,amalkan tip ni.Setiap kali teringat kat anak,doakan yang baik-baik,sedekahkan Al fatihah dekat mereka.InsyaAllah tenanglah sikit.Allah jagakan mereka untuk kita insyaAllah.Dengan anak-anak pun saya pesan macam tu.Tipula tak teringat kan.Kadang menangis,tapi dengan Allah je la.Depan orang memang control habis (kuatla tu konon).Huhu.
Ok,kembali pada tajuk,azam saya untuk meneruskan kembali hobi menulis saya tu.Saya berazam nak :
– buat edisi terkini Ebook Rahsia Bisnes Online Meletup (2013-2014)
– menulis sebuah buku (tajuk belum pasti)
– update blog dengan content-content menarik
– terus menulis di Facebook
Saya nak tulis seberapa banyak benda dan beri manfaat kepada pembaca.Itulah harta yang kekal walaupun kita mati selain anak soleh dan amal jariah.
Panjang pula artikel kali ni.Ok,kalau korang nak baca artikel-artikel menarik yang terawal di blog ini,kalian boleh klik link di bawah ye.Yang kemudian punya kalian boleh belek-belek.InsyaAllah saya akan update lagi dari semasa ke semasa dengan lebih kerap lagi.
Jumpa lagi.
Wsalam
*NORFAZILAH.COM*
*PAGES*
=====
🍁 www.NorFazilah.com
🍁 www.NorFazilah.com/profil
🍁 www.NorFazilah.com/blog
🍁 www.NorFazilah.com/hubungi
*BLOG – FAMILI*
======
🍀 https://www.norfazilah.com/sambutan-harijadi-fauzan-syaima…/
🍀 https://www.norfazilah.com/tentatif-percutian-ke-sabah/
🍀 https://www.norfazilah.com/pengalaman-mengerjakan-umrah/
🍀 https://www.norfazilah.com/kejutan-sambutan-harijadi-2017/
*BLOG – NASIHAT*
=====
🌻 https://www.norfazilah.com/fokus-pada-diri-sendiri/
🌻 https://www.norfazilah.com/22-tip-berjimat-cermat/
🌻 https://www.norfazilah.com/cara-berhenti-kerja-sebagai-guru/
🌻 https://www.norfazilah.com/11-tip-atasi-rasa-malu-berniaga/
🌻 https://www.norfazilah.com/kunci-kebahagiaan-hidup/
*BLOG – MHAM*
=====
🌺 https://www.norfazilah.com/pertemuan-agen-mham-sabah/
🌺 https://www.norfazilah.com/promosi-jus-asmak-tv-alhijrah/
🌺 https://www.norfazilah.com/sambutan-hari-pekerja-mhamsb-20…/
🌺 https://www.norfazilah.com/pameran-produk-mhamsb-everly-pu…/
🌺 https://www.norfazilah.com/kursus-leadership-guerilla-mham…/
*BLOG – PEMASARAN*
=====
🌵 https://www.norfazilah.com/tip-memulakan-dropship-di-faceb…/
🌵 https://www.norfazilah.com/teknik-k-membina-kredibiliti-di…/