6 JANGAN DALAM MENYIMPAN EMAS
Dalam kita asyik menyimpan emas, kita perlu tahu ade beberapa JANGAN yang harus kita elakkan
1. Jangan malas
Sebagai pembeli, kita harus rajin dalam mencari info mengenai emas sebelum kita membuat keputusan sebelum membeli emas. Pentingnya kita sebagai pembeli mencari maklumat mengenai emas bagi mengelakkan dari terjebak dlm skim pelaburan emas iaitu syarikat yang menawarkan pembelian saham emas & sebagainya. Antara sindiket yang aktif ialah Geneva & Barrick Corporation. Maka berhati-hatilah
2. Jangan jual emas anda
Saya sarankan anda jangan sesekali jual emas anda tanpa sebab. Ada sesetengah pembeli yang diterapkan dengan sikap beli emas masa murah lepas itu jual masa murah. Silap besar tu.
Boleh sebenarnya nak jual emas anda tapi biarlah untuk benda yang penting seperti :
• Rumah
• Hartanah
• Emas dalam bentuk lain
• Modal bisnes
• Keperluan ketika terdesak
3. Jangan simpan wang dalam kertas
Saya juga menyarankan agar tidak terlalu banyak menyimpan wang kertas. Sebaliknya simpanlah sedikit untuk keperluan kecemasan & kegunaan seharian. Ketahuilah bahawa emas merupakan asset yang kalih inflasi dan tidak akan susut nilainya. Bila harga emas naik maka ini menunjukkan bahawa nilai wang kertas semakin menyusut.
4. Jangan tunggu
Jangan tunggu harga rendah baru nak beli. Bila kita tunggu dan tunggu untuk harga itu turun maka kita terdedah dengan risiko yang lain. Jangan tunggu maka beli terus emas. Belajarlah untuk menabung untuk membeli emas. Harus ada komitmen untuk menabung.
5. Jangan selfish
Bagi anda yang sudah celik akan emas ini, maka sebarkanlah kepada orang lain agar dapat membuka mata mereka yang masih samar-samar mengenai hakikat emas ini. Elakkan sikap selfish dan sombong bila kita sudah punyai ilmu emas yang baik. Gunakan ilmu yang anda ada itu untuk bantu masyarakat agar celik emas.
6. Jangan tolak hakikat dinar & dirham
Jangan menolak atau menafikan mengenai matawang islam iaitu dinar dan dirham. Ramai yang semakin giat untuk menghidupkan semula dinar dan dirham ini. Walaupun tak mampu secara total tapi kita boleh bermula dari kecil-kecilan terlebih dahulu. Kalau bukan kita siapa lagi nak support usaha ini. Anda yang berminta mengenai dinar dan dirham ini boleh join group facebook Dinihari Dinar, Dinar dan Dirham dan juga Pasar Muamalat DnD.