8 Ciri-Ciri Cyberbully & Geng Mereka
Cyberbully dan geng mereka bukan sekadar ancaman maya. Mereka menggunakan strategi psikologi untuk menjatuhkan mangsa secara berperingkat. Berikut adalah 8 ciri-ciri yang biasanya terdapat pada cyberbully dan geng mereka:
1. Acah-Acah Power Bila Ramai-Ramai
-
Seorang-seorang mereka tidak berani, tetapi bila ada geng yang menyokong, barulah mereka jadi berani.
-
Suka “tag team”; seorang mula fitnah, yang lain tambah minyak.
2. Ketagih Perhatian
-
Jika tidak mencipta kontroversi, mereka rasa orang tidak akan pandang.
-
Jadi mereka cari modal untuk mengutuk dan menjatuhkan orang demi mendapatkan “like” dan “share”.
3. Hipokrit
-
Depan kamera, mereka acah tenang dan cool. Memuat naik gambar bercuti, minum kopi, dan gelak seolah-olah gembira.
-
Namun di belakang tabir, mereka sibuk merancang serangan dan fitnah.
4. Taksub & Obsesi
-
Mereka kerap menyerang orang yang sama sehingga kelihatan pelik.
-
Dalam kes Masyitah, hakim sendiri menulis bahawa ketaksuban defendan luar biasa dan tidak masuk akal.
5. Tidak Matang
-
Cara berhujah mereka penuh emosi, bukan fakta.
-
Gaya bahasa kasar dan caci maki langsung tidak mencerminkan tahap pendidikan sebenar.
6. Suka Gelak Atas Penderitaan Orang
-
Apabila mangsa menghadapi kesusahan, mereka merasa seronok.
-
Mereka buat perjumpaan untuk bergosip, mengutuk, dan ketawa ramai-ramai.
7. Tidak Fikir Kesan Jangka Panjang
-
Mereka beranggapan menulis status di media sosial adalah percuma.
-
Namun, setiap perkataan boleh menjadi bukti di mahkamah, dan akhirnya memberi kesan buruk kepada diri sendiri. Ini baru mahkamah dunia, belum lagi mahkamah akhirat.
8. Lepas Tangan Bila Kena Balik
-
Ketika fitnah sedang berlaku, mereka bersorak bersama.
-
Tetapi bila disaman, masing-masing tidak membantu membayar saman. “Sokongan” hanya setakat komen, tetapi apabila tiba masa untuk bertanggungjawab, semua hilang.
Cyberbully tidak jauh beza dengan geng samseng jalanan. Bezanya, samseng jalanan menggunakan tangan dan kekerasan fizikal, manakala cyberbully menggunakan keyboard dan geng maya. Namun kesannya sama; maruah dijatuhkan, rezeki terjejas, dan mangsa mengalami trauma emosi.
Sumber Artikel:
-
Kes saman fitnah dan buli siber di Malaysia.
-
Pengamatan psikologi tingkah laku cyberbully.
-
Kes Masyitah vs Defendan (mahkamah Malaysia).







