Skip to main content

Sebab kedua kami ke Terengganu.

Kami menjejaki anak muda di sana yang hebat dan mempunyai jati diri yang luarbiasa.

Sebagai aktivis belia mereka terlibat aktif dengan pelbagai kegiatan.

Kami berbincang bagaimana kami boleh bekerjasama dan menyumbang pada komuniti.

Ye, Asmak bukanlah produk semata-mata. Ianya lebih dari itu. Ia adalah masa depan. Ia juga boleh jadi asbab ke arah hidup yang lebih baik.

Mendukung harapan supaya dapat membina masyarakat yang lebih aktif dan mengamalkan gaya hidup sihat, kami terus menetapkan beberapa perkara untuk 2020.

Antara projek utama kami 2020 nanti ialah Family Run. Sudah lama idea ini saya nak lontarkan, tapi belum kena pada tempat kerana kami tiada pengalaman menganjurkan program sebegini.

Bergabung lebih baik. Dengan mereka yang sudah mahir dengan event sebegini.

Family Run yang saya bayangkan berkonsepkan Islamic, tapi terbuka pada semua kaum.
T shirt muslimah akan disediakan, dan t shirt biasa juga disediakan.
Ada kategori untuk mereka yang single juga.

Ok, sekarang anda bayangkan, satu family bersatu sambil si bapa tolak stroller dan si ibu dukung bayi dengan baby carrier.

Sesuatu yang mungkin sukar ditemui dalam acara fun run.

Mungkin ini bukan yang pertama, yang pastinya pertama buat Asmak.

Tarikh cadangan adalah 22hb February berlokasi di Terengganu sebagai perintis projek ini, dan akan diteruskan mengikut zon iaitu di Melaka, Penang, KL/Selangor dan berakhir di Bentong.

Insyaallah 2021 boleh laksanakan seluruh negeri di Malaysia.

Doakan hasrat kami ini dipermudahkan.

Seterusnya kami membincangkan kerjasama dengan beberapa nama besar. Semoga ianya akan berjalan lancar.

Benda belum jadi dah kecoh.

Jauh di sudut hati saya mengharapkan doa kalian.

Supaya 2020 segala event dan projek kami akan berjalan lancar.

Untuk makluman bukan event ini sahaja anjuran Asmak 2020,tapi banyak lagi event menanti anjuran stokis dan leader Asmak.

Semoga semuanya akan menjadi kenyataan dan memberi impak yang baik kepada masyarakat. Amin.

Klik ruangan komen untuk menyertai kelab Ibu-Ibu mengikut negeri (wanita sahaja).

#AsmakActive #Asmak2020 #Asmak #WeAreFamily#MenjadikanHidupLebihBaik #AsmakBabyCare

 

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply