Skip to main content
Kisah Inspirasi

Allah sebaik-baik perancang

Dalam hidup ini,kita takkan dapat semua yang kita nak

Dulu saya merancang untuk berhenti kerja pada umur 40 tahun dan fokus pada bisnes,tapi saya terpaksa berhenti umur 34.

Perancangan Allah itu yang terbaik,dua tahun selepas saya berhenti,saya baru tahu salah seorang anak saya ADHD.

Hikmahnya saya mampu untuk menjaganya sendiri dan upah cikgu khas untuk mengajar dia.Jika saya masih guru,pasti saya tak mampu nak membayar kos yang tinggi.

Banyak lagi hikmah lain.Mungkin disebabkan asbab saya berbisnes juga,syarikat boleh beri peluang kepada beribu usahawan Asmak di seluruh negara.

Jika dulu saya guru kepada beratus orang murid,kini saya masih guru kepada beribu orang pengedar.

Jika dulu,saya bersama budak-budak,sekarang banyak yang bersama saya ialah mak dan bapak budak.Bujang pun ada.Hehe

Cabarannya berbeza. Kepuasan pun lebih.

Antara sebab saya boleh berhenti awal,mungkin kerana ayat “saya nak berhenti”, “saya akan berhenti” selalu bermain di fikiran dan semasa berbual dengan rakan sekerja dan suami.Saya memang kerap menyebutnya.

Orang kata apa “mulut masin.”Sebenarnya “mulut masin” =apa yang kita cakap, itu yang berlaku.

Apa yang saya selalu sebut,itu yang saya dapat.

Sepatutnya saya berhenti 2010 lagi,sewaktu sedang rancak berbisnes.Tapi saya tak jadi sebab sayangkan bidang perguruan.

Akhirnya berhenti juga bila tak tahan diperkotak-katikkan orang atasan.

Itu pun mujurlah sudah ada back up.Jangan berhenti begitu sahaja ye tanpa sebarang perancangan.

Kalau ada impian yang belum tercapai,sebut-sebutlah selalu,fikir-fikirkan selalu,insyaAllah dapat,cuma cepat dengan lambat je.

Berdoa tu biar konsisten setiap hari.

Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita.

#NfamJourney

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply