Apa yang saya selalu sebut, cakap dan tulis dah dapat.
Terbentang depan mata.
Selalulah sebut apa yang anda nak. Ianya doa. Bukan sekadar minta selepas solat dan waktu lain.
Sebaliknya doa selepas solat, buat solat hajat dan selalu fikir dalam hati, minta dalam hati, sebut, sebut dan sebut banyak kali.
Rasa terharu sangat apa yang saya duk fikirkan dan nak dah dapat. Cepat Allah bagi kali ni.ðŸ˜
Mungkin itu yang terbaik.
Cepat dan lambat, terimalah dengan penuh kesyukuran.
Satu lagi rezeki untuk dikongsi dengan semua orang.