Apabila kita diuji, muhasabah diri.
Adakah sikap diri kita membuatkan sesuatu nikmat dan rezeki itu ditarik.
Usah jadi kedekut dan bakhil, kerana ia juga punca Allah tarik rezeki pelbagai cara.
Dan usah ambil kesempatan atas kebaikan orang lain membantu kita sedangkan kita punya kemampuan untuk beri lebih.
Waktu Allah beri rezeki lebih, adakah kita menunaikan hak mereka yang di sekeliling kita?
Dan sehebat mana pun tetap tunaikan hak orang tua sebelah kita mahupun sebelah pasangan kita.
Hebat macam mana pun jika hubungan dengan orang tua tak dijaga, pasti akan terus diuji dengan pelbagai dugaan.
Muhasabahlah diri.