Hari ni masuk ofis sekejap,ada Superstokis Negeri datang untuk Personal Coaching one to one.Selepas selesai urusan di ofis,kena keluar negeri jumpa dengan seorang lagi SN dan esok jumpa SD beliau pulak-keduanya untuk PC one to one.
Saya buat PC untuk pengedar yang request sahaja,yang tak nak kami tak paksa dan kami takkan push.Sebab kita sedar,manusia yang nak berubah je boleh berubah,yang tak nak tu biarkan.
Untuk berjaya kena selalu jadi macam gelas kosong,baru ilmu baru masuk.
Saya sendiri masih duk upgrade ilmu non stop dari dulu sampai sekarang.Tahun ni sahaja ada kelas yang berterusan dengan dua orang sifu secara offline.Ini tak termasuk yang belajar secara online.
Jadi kalau anda rasa anda di tahap biasa-biasa,apakah alasan anda untuk tidak upgrade diri dengan ilmu?
Sebab formula nak kaya atau pun berjaya,hanyalah dengan upgrade ilmu.Tak upgrade ilmu = tak nak berjaya.Jika berjaya pun susah nak konsisten dan sustain.Sampai satu masa jadi tepu dah tak tahu nak buat apa.
Panjang pula coretan pagi ni,yang penting harap yang baca dapatlah sesuatu.
Selamat pagi Sabtu