Tak sabar dah nak masuk rumah baru. Baru untuk kita lah kan.
Rumah secondhand, rumah teres tahun 80-an macam tu, jadi memang mencabar la nak renovate sikit dan deco. Dia punya gaya bukan macam sekarang, memang oldschool sangat. π
Cuba guna agen untuk beli rumah tapi tak jadi. Last-last kerja saya dengan encik suami petang – petang atau time free kami round sendiri. Rumah yang nak sangat, tak jadi, sampailah jumpa rumah yang sekarang.
Bulan 10 beli, settle urusan dengan peguam semua, bulan 1 dapat kunci, hujung bulan 2 start kerja dalam rumah, insya Allah awal April dijangka dah boleh duduk. Masya Allah, syukur sangat urusan dipermudahkan.
Berkat doa kalianlah kot, selalu doakan saya,dan doa keramat hidup. Semoga doa yang baik berbalik pada yang mendoakan. Amin.
Asalnya nak duduk je tak nak buat apa – apa sebab dah ok dah , tapi bila fikir, alang – alang anak belum sekolah lagi masa tu, masa banyak, jadi nak renovate dan deco la.
Tak lama tu umum sekolah dibuka pulak.π
Bincang dengan kontraktor untuk ejas buat lebih cepat. Kontraktor pun bagi kerjasama baik punya dan setakat ni smooth je dan on track.
Finalize apa nak ejas dalam rumahβ
Kabinet β
Wardrobe simple dan meja belajar untuk bilik boys and girls β
Wardrobe dan tempat untuk i buat liveπ β
Ruang solat, ruang tamu, ruang makan, bilik bawahβ
Wainscoating β
Tempah perabot custom made sofa, katil dan meja makan (baru tau boleh custom made, maklumlah kita tak pernah deco rumah pun) β
Langsir β
Karpet β
Cadar β
Pagar – sekali terpilih sama dengan rumah sebelah. Sebijik pulak tu, lain warna sikit jeπππ. Adoi. Sabar je la. π
Maklumlah masa tu kita di Bentong dan kontraktor tunjuk gambar pagar untuk dipilih di whatsapp.
Apalah pakcik sebelah tu fikir yeπ€
Doakan “baiti jannati” kami menjadi asbab untuk kami ke syurga.
Tak ada niat nak menunjuk ke apa, tapi nak bagitahu, jangan berhenti bermimpi.
Satu lagi nak kongsi, rumah yang kecil pun kita boleh buat dia jadi menarik sebenarnya.
Dan untuk bahagia tak semestinya segalanya kena besar. Bagi saya, cukuplah dulu rumah untuk saya mengajar anak saya hidup sederhana.
Akan datang ada rezeki kita pindah balik kampung buat rumah dekat tanah yang luas, ada taman, ada kebun, ada kolam renang dan dikelilingi kehijauan.
Sekarang kena fokus lebih pada pembangunan bisnes sebab nak melihat para pengedar pergi lebih jauh dan mampu hidup lebih baik dari sekarang.
#Asmak #WeAreFamily #MenjadikanHidupLebihBaik