Skip to main content

Siang tadi lepas selesai jumpa orang, rasa letih sangat. Set jam 2.30pm nak bangun sebab nak buat persiapan untuk masak. Tapi letih sangat tertidur, siap mimpi ada orang bagi bunga dekat en suami lagi. Apa – apa entah mimpi. Sedar dah pukul 3.40pm!

Terbayang dah banyak kerja menanti. Turun bawah tengok, tadaa..

Dapur dah bersih, ikan dah siap siang dan siap rebus sekali. Ayam dah dibersihkan. Ada pinggan mangkuk sikit dekat sinki pun dah tak ada. Bersih.

Alhamdulillah. Tugas memasak jadi lebih mudah, hati pun tenang.

Berbaloi dapat suami yang tak reti nak romantik tapi ringan tulang. Kalau romantik je pemalas nak buat apa. 😅

Malam ni, nampak dia macam letih je. Jadi malam ni kita pula tolong dia buat kerja sikit. Bagi dia rehat pula. Tidur awal nampaknya.

Begitulah kehidupan suami isteri ni. Kena saling bantu membantu. Ini bukan cerita baru hari ni. Dah hampir 14 tahun kami dah biasa macam ni. Saling memahami, bertolak ansur dan bekerjasama.

Masa gaduh, gaduh je. Tak gaduh tak best. Lepas gaduh dah tahu “do’s and don’ts” masing-masing.

Seorang tengah panas, seorang kena senyap. Bila dah tenang, baru slow talk semula.

Saja kongsi sebab bosanlah baca kisah-kisah negatif rumahtangga kebelakangan ni.

Kahwin untuk suka-suka je ke dik?

Dalamilah ilmu agama. Kakak ni nasihat bukan sebab kakak ni bagus sangat. Tapi kakak faham kalau kita tak cuba ubah diri kita jadi lebih baik, maka kita terpaksa jadi lebih buruk.

Ok, itu je nak habaq.

Selamat malam.

Nfam,
Rumahtangga bukan untuk Touch and Go. Belajarlah ilmu kehidupan dan agama untuk masa depan yang lebih baik.

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply