Skip to main content

Ciri – ciri orang yang gagal itu salah satunya mengalah sebelum mencuba.
Mereka penuh dengan alasan.
Semua orang ada alasan, apa yang membezakan kita ialah cara kita menghadapinya.
Ada orang ada masalah lebih besar, tapi dia relaks, cool dan tabah hadapinya. Dia sedar dia cuma hamba yang harus akur dengan apa jua ketentuan Ilahi, kena cepat-cepat move on dan redha.
Ada orang baru Allah uji sikit, tapi melompat dan kalut tak tentu hala. Seolah – olah macam tak suka diuji.
Allah. Kita ni hamba je.
Siapa kita nak menolak ujian dari Dia.
Terimalah dengan hati yang redha, barulah tenang.
Walaupun ketenangan itu mahal harganya, yang lebih mahal adalah kesabaran ,sikap redha, dan tak mudah stress hadapi ujian.
Berhenti bersikap kalut tak tentu hala ni. Sendiri yang tak nak ubah, tapi sendiri yang nak tenang, susahla gitu.
Nak tenang kena relaks. Tak mudah stress dan usah cepat melatah.
Setiap masalah ada solusi. Letakkan Allah di tempat yang teratas dan teragung, insyaallah masalah akan kelihatan kecil. 🌹
Nfam,
Berkongsi bukan sebab baik tapi sebab nak berusaha jadi baik.

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply