Baru-baru ni saya ada urusan di SSM.Maka sementara menunggu giliran bersama dengan Boss,saya duduklah di kerusi yang ada,dan ambil hp.Macam biasa,saya buka whatsapp dan mula berinteraksi dengan staf di group-group kecil dan juga melayani pelanggan-pelanggan VIP kami di group-group pengedar.
Ketika saya sedang sibuk melayani whatsapp,saya perasan ada seorang wanita yang berpakaian sopan sekali bertukar tempat duduk dari depan dan datang ke belakang,walaupun di kerusi sebelah itu saya letak beg saya satu lagi.Saya biarkan sahaja dia duduk dan saya pun alih beg.
Saya sambung kerja saya guna handphone.Dia mula buat sibuk-sibuk cari beg dia dan pandang saya,tapi sebab saya sangat sibuk saya teruskan buat kerja.
Tapi dia tak putus asa nak tarik perhatian saya sehinggalah dia gagal.Hahaha
Akhirnya dia membuka mulut bertanya ” Adik dari mana?”
Saya berhenti membuat kerja di handphone dan alihkan perhatian kepada wanita itu.Saya memandang wajahnya,sambil tersenyum saya menjawab “Dari Bentong akak.Akak dari mana?”
Maka…
Maka…
Maka…
Apabila dia berjaya membuatkan saya bercakap,saya pun bercakaplah tanpa henti,eh.Hehe
Tak adalah macam tu sekali.Saya cuba menyelami apa yang wanita tu sedang lalui.
Owh,rupanya dia baru nak menceburkan diri dengan bisnes.Katanya buat makanan.Dari gayanya yang “mak-mak sangat”,dia kelihatan seperti seorang surirumah yang melalui rutin harian jaga anak-urus anak-urus suami,sebab di sampingnya ada dibawa seorang anak kecil.
Saya pun nasihatkan dia,antaranya :
1- Bermulalah dengan kecil dari sekarang,cari ilmu seberapa banyak dan terus buat dan buat.(Saya juga tunjuk jalan pada dia apa perkara-perkara yang dia boleh lakukan)
2- Usah bandingkan dengan mereka yang sudah berjaya,sebaliknya fokus untuk terus maju ke depan dengan belajar serta membuat penambahbaikan dari semasa ke semasa.
3- Urus kewangan elok-elok,asingkan duit peribadi dengan duit bisnes.
4- Walaupun bisnes kecil,belajar untuk kembangkan bisnes dan naik dari satu peringkat ke satu peringkat
5- Tiada apa yang mustahil untuk dicapai.Surirumah pun boleh berjaya dan saya beritahu dia kisah ramai surirumah yang dah berjaya.
Banyak lagi saya beri nasihat dan semangat buat akak tu.Saya kagum dan seronok dapat tolong orang yang paling kurang dalam diri dia tu,ada rasa nak berjaya.Walaupun saya tak kenal dia dan dia bukan ada dalam team saya pun,tapi pada saya,ada masa kita berkongsi sahaja tanpa syarat.
Secara pandangan mata kasar,buang masa saya je 30 minit sembang dengan akak tu pasal bisnes dan ajar dia itu ini sedangkan dia Facebook pun tak ada.(Syarat berniaga tak semestinya ada Facebook kan,hehe)
Tapi hakikatnya kita tak tahu,dalam kita sebarkan kebaikan dan berkongsi ilmu tanpa syarat,insan mana yang mendoakan kita semula dan doanya diperkenankan.
Satu lagi,cukup 40 orang kata kita baik,maka baiklah kita.Macam mana nak suruh orang kata kita baik?Buatlah baik tanpa syarat!
Di mana jua,bila-bila masa,dan dengan sesiapa sahaja.
Pasti orang akan kata kita baik kan.Lainlah jika asyik “buat yang tak baik”,siapa nak kata kita baik?
Berkongsilah tanpa syarat dan niatkan kerana Allah.Orang itu mungkin tak memberi kita apa-apa faedah di atas dunia,tapi yang pasti saham akhirat kita bertambah.
Mudahnya nak tambah saham akhirat ni kan sebenarnya ?
Ketika dalam kereta,boss tanya berborak dengan siapa,saya pun bercerita.
“Abang nampak dah dia nak dekat-dekat je tadi dengan awak.Dia asyik pandang awak je.”
“Eh,ada cop ke kat dahi saya ni saya buat bisnes?”
Lalu boss kata ” Apabila kita baik,orang dapat rasa.Dia dapat rasa sesuatu dalam diri kita.Dia dapat rasa awak akan kongsi sesuatu dengan dia.Sebab tu dia cuba menghampiri awak.Abang nampak je awak tak layan dia,tapi dia tak putus asa tadi.Hahaha ”
Adui,malunya.Saya bukan tak nak layan,saya cuma tak nak buang masa berbual kosong.Tapi dengan akak itu tadi,saya dapat rasakan dia ada “sesuatu” dalam diri dia,sebab itu saya pun laju je berkongsi sedikit ilmu dengan dia.
Sebelum berlalu,akak tu sempat tanya, “Adik ni jual apa sebenarnya?”
Lalu saya tunjukkan,kebetulan ada buku yearly planner yang ada semua produk-produk Asmak.Saya tunjukkan kepada dia dan terangkan serba sedikit sebab saya nampak dia teruja sangat.
“Kalau akak nak datang Bentong,akak call je saya.Kalau saya ada saya boleh ajar akak lagi tentang bisnes.Ini no saya ”
Saya berikan bisnes kad saya kepada dia dan saya masih ingat pesanan saya yang terakhir kepada dia
” Buat bisnes betul-betul ye kak”
Mata dia bersinar dengan harapan.Ya Allah,semoga dia berjaya memulakan langkah pertamanya dan berjaya.Amin
Kesimpulannya :
Ada masa kita berkongsilah dengan orang lain tanpa syarat dan tanpa kepentingan apa pun.Niatkan kerana Allah dan bantulah mereka yang memerlukan.Sebarkan kebaikan kepada orang lain tanpa mengira siapa mereka.InsyaAllah,kita akan terpaksa menerima kebaikan yang tak disangka-sangka,di saat kita hanya mengharapkan redha Ilahi.
Nor Fazilah Abd Mohd ,
Pencinta ilmu yang suka berkongs