Skip to main content

Walaupun dalam pantang, tapi tak boleh nak berhenti dari berfikir tentang bisnes.

Darah bisnes pekat kot. 😅

Hari tu konon nak berehat sepenuhnya. Tapi tak boleh rupanya. Ada je benda nak buat walaupun bermodalkan sebuah smartphone dan laptop. Asalkan ada internet.

Baby tetap keutamaan buat masa ni. Tapi kan baby banyak tidur, maka banyaklah masa terluang. Cuma kadang masa tengah ralit, baby sedar, jadi bersambung – sambunglah kerjanya. Walaupun tak boleh fokus betul – betul macam dulu, kena tetap teruskan.

Kalau tak sampai bila pun tak boleh.

Perjumpaan dengan para stokis tak lama dah. Persediaan dah bermula dari sekarang. Nak beri yang terbaik. Supaya berbaloilah yang datang dari seluruh negara termasuk Sabah, Sarawak, Utara, Selatan, Timur dan Barat.

Bukan perjumpaan biasa-biasa. Tapi ada agenda penting yang nak dibincangkan.

Semoga bisnes Asmak semakin kukuh dan teguh. Walau apa jua cabaran mendatang.

Kami dah lalui fasa kena viral teruk dan diburuk-burukkan.

Alhamdulillah kami lalui dengan profesional walaupun pada mulanya pernah tersalah langkah. Tak terlambat untuk memperbaiki keadaan.

Dan sekarang, alhamdulillah. Jelas kesabaran dan perjuangan itu berbaloi.

Hati mana tak gembira melihat saban waktu stokis – stokis yang semakin berjaya, para agen yang semakin meningkat dan banyak kejayaan hari demi hari.

Orang yang menyangka dirinya penting pun tersalah tanggapan bahawa bisnes ini akan mati tanpa ketiadaan mereka.

Allah itu Maha Besar. Tiada apa yang mustahil.

Selagi kita bergantung pada Dia, tiada apa perlu ditakutkan.

Jika kita atau bisnes kita nampak hebat sekalipun, semua dari Allah. Dan Dia boleh tarik bila-bila masa.

Maka sentiasalah bersyukur.

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply