Saban minggu KL – Bentong. Habis sesi persekolahan anak Jumaat tu terus balik. Sempat solat Jumaat kat Bentong lagi.
Punyalah tak sabar mereka ni balik kampung.
Kalau ada urusan balik juga sekejap Bentong.
Semalam bawa mak balik KL. Kaki masih problem. Hari ni cucu seorang tak pergi sekolah, suh jaga nenek dia.
Kebetulan hari ini memang ada urusan. Sekejap lagi siap kena balik nak masak.
Alhamdulillah dengan bisnes Asmak hidup saya lebih tenang, lebih bermakna.
Kedua orang tua saya umur awal 50-an dah tak perlu kerja. Kami adik beradik dua ketul yang tanggung.
Tak perlu buat kerja, ada pembantu rumah. Tapi biasalah orang tua, nak juga buat kerja sikit. 😁
Apa lagi nikmat yang hendak didustakan selain dari melihat orang tua kita berehat-rehat sambil tambah ilmu agama je?