Throwback 9 APRIL 2017
Penat
Bukan penat sebab baru balik dari Sabah, tapi penat dengan pelbagai alasan. Kalau diam tak bagi alasan tu lagi baik rasanya.
Sebelum kahwin, alasan masih bujang susah nak ke mana-mana. Dah kahwin bagi alasan suami. Dah ada anak, bagi alasan anak. Lepas tu bagi alasan mengandung lagi pulak. So sentiasa akan ada kekangan.
Nak seribu daya,x nak seribu dalih ingat tu je.
Sampai ke sudah la duduk kat tahap yang sama, tak berubah.
Benda ni simple,kita bantu yang betul-betul nak all out je.So tak perlu bagi alasan,tak suka nak dengar alasan,kecuali la kritikal sangat dan benda yang memang tak boleh elak sangat tu boleh terima.Kita boleh beza orang beralasan ni sama ada dia memang tak boleh atau dia mencipta alasan.Yang memang tak boleh,satu hari dia usaha jugak.Tapi yang kaki alasan,jangan harap dia akan muncul.
Kata nak meniaga,nak tambah pendapatan,kalau dah berpuas hati dengan income kerja makan gaji dan memang buat bisnes suka-suka,so sampai bila-bila pun hasil pun suka-suka je la.
Orang meniaga kadang sebab nak kebebasan masa,kebebasan kewangan dan beri manfaat pada orang lain.Tapi kerja bagai nak rak,nak ambil cuti untuk datang kelas pun susah.Macamlah bila susah nanti majikan tu nak tolong.Tak ada siapa yang nak tolong kita waktu susah.Yang paling sedih kerja bagai nak rak sampai anak-anak kurang perhatian. Apa yang dikejar sebenarnya?
Dan kerja makan gaji sambil bisnes pun nak apa sebenarnya kalau dua-dua pun tak boleh nak buat betul-betul?
Cuba tengok orang yang dah berjaya tu,dengan kuat usahanya.Sampai dia dah tunggu masa nak bersalin pun dia masih lagi bekerja keras,anak lahir sihat je.Yang jauh datang belajar,balik anak dia ada je tak kena culik.
So lepas ni kalau ketinggalan berbanding yang rajin belajar dan buat ni,redha je la. Jangan duk merungut atau mengeluh pulak.Malas dengar.
Berkorbanlah sikit.Ingat kita je ada anak,suami dan family,orang lain tu tak sayang family sebab tu sanggup tinggal ?Silap besarlah kalau fikir macam tu. Selagi tak berubah selagi tu akan duduk di takluk yang sama. Pendapatan nak berubah,tapi sikap tak berubah. Income nak meningkat, tapi pembangunan diri tak meningkat pun. Rasa berpuas hati dengan apa yang ada dan ego tak nak belajar.
Pi mai pi mai tang tu je la.
Maaflah kalau ada yang terasa.Kalau rasa diri betul takkan terasa.
Teguran untuk kebaikan.
Fikirlah sendiri
Garang sikit malam ni sebab lama sangat dah perhati.