Skip to main content

KES STUDY 4

Lupa diri dan ego bila berjaya, akhirnya memakan diri

Kisahnya,

Si D ketika awal menyertai jemaah baik-baik sahaja.

Dia cepat nampak apa yang leader buat dan cepat-cepat copy paste.

Dia punya keyakinan diri tersendiri di alam maya.

Namun dia masih ada banyak kekurangan.

Di sinilah leader banyak membantu beliau menampung kekurangan tersebut.

Dan bila rakan seperjuangan bertanya, apakah rahsia kejayaan dia.

Jawapannya :
” Saya copy paste cara mentor sahaja”

Nampak tak kalau nak berjaya perlulah mengikut cara orang yang sudah terbukti berjaya.

Bukan susah.

Jika sudah terbukti menggunakan cara A sahaja pun sudah boleh berjaya, kenapa tidak teruskan sahaja.

Cuma perlu bijaklah gunakan sebaik mungkin dan ejas mengikut kesesuaian sendiri.

Sebab lain team lain keperluan dan caranya.

Kejayaan demi kejayaan si D dapat.

Ramai yang mengidolakan si D kerana leader pun selalu puji si D.

Ini supaya dapat memberi inspirasi kepada orang lain.

Tapi sebenarnya yang leader jarang dedahkan adalah sikap si D yang makin lama makin besar kepala. Dia mahu leader ikut semua kemahuan dia.

Dia mula protes.

Jika boleh leader mesti ikut kehendak dia.

Dia cuba patuh sedangkan dalam hati memberontak.

Awalnya leader banyak mengalah dan cuba ikut kemahuan si D mana yang boleh.

Makin lama si D naik lemak dan menuntut lebih banyak benda yang tak mungkin dapat dipenuhi.

Satu hari si D memberitahu yang dia mahu masuk kelas seorang sifu yang memang leader dah banned sifu ni. Kononnya untuk networking.

Situlah bermula kehancuran empayar bisnes si D yang degil dan ego ini.

Dia tertawan dengan kekayaan dan kejayaan bulan bintang yang dipamerkan dalam program itu lalu mengambil keputusan untuk keluar dari bisnes ini dan menyertai bisnes itu.

Dalam hati si D penuh dengan perasaan tidak berpuas hati dan dendam.

Rupanya dalam diam, dia menarik beberapa orang stokis lain juga.

Inilah akibat jika dalam sistem agen, ada haluan kiri.

Sedangkan sudah ada ruang diskusi dalam group stokis.

Si D meninggalkan bisnes ini dengan harapannya anak buahnya akan ikut sekali. Itulah cita – cita dia yang tidak ditunjukkan tapi nampak melalui tindakan dan penulisannya yang menyerang leader secara terbuka.

Akhirnya?

90% anak buahnya setia dengan bisnes sedia ada dan tak ikut jejak langkahnya itu.

Ini membuatkan dia bertambah marah dan mulalah dia memulakan kempen memburukkan leader dan HQ berterusan. Hampir setahun juga rasanya.

Tapi sayang, masih hanya 10% yang mengikut jejak langkah.

Apa yang bagus di sini, dia bawa sekali orang negatif bersamanya.

Tak perlu penat kita nak buat tapisan

Sebab hukum alam, seseorang akan tertarik dengan orang sepertinya.

Contoh, makcik bawang akan tarik makcik bawang juga.

Alhamdulillah, yang kekal tinggal yang baik-baik sahaja.

Ada anak buah si D ini meluahkan perasaan kecewa kerana si Di meninggalkan mereka terkontang – kanting begitu sahaja. Semuanya kerana tamakkan harta dunia dan kerana tidak berpuas hati dengan apa yang ada.

Si D ini sudah banyak kali lompat bisnes dan bisnes yang dia buat ini adalah yang paling berjaya, tapi sayang, dia sendiri menghancurkannya dan mempengaruhi mereka yang lain.

Mereka yang lain menyangkakan si D ini hebat dan kagum tak bertempat, sedangkan si D seorang yang malas masuk kelas dan program sebenarnya.

Dia hanya menggunakan skill mata helang dia dan copy paste.

Biasalah, sembang sedap pun boleh nampak hebat bukan?

Bukan semua orang boleh menilai kaca dan permata.

Punca kegagalan si D :

1. Tak fokus pada pembangunan diri

2. Ego dan keras kepala bila berjaya sikit

3. Tidak mendengar nasihat leader

4. Tamak dan materialistik

5. Mengambil jalan mudah copy paste ilmu tanpa cuba mendalami betul-betul.

Sejak itu, si D tidak berjaya lagi dengan bisnes barunya sebaliknya sangat struggle.

Dia meninggalkan apa yang sudah dibina untuk mengejar benda yang tidak pasti dan akhirnya merana sendiri.

Stokis lain yang ikut jejak langkah mastermind mereka pun terkontang – kanting dan sendu dengan bisnes baru.

Ingat, kita buat bisnes sebab kita nak buat bisnes, bukan sebab leader. Kalau susah bukan leader nak bagi makan, tapi sendiri kena usaha.

Akhirnya semua pun tak ke mana bila buat hal yang tak elok pada leader yang ikhlas membantu.

Buang masa bukan?

Buatlah bisnes sebab anda jelas dengan matlamat, bukan buat sebab orang.

Dan bila dah berjaya sikit, jangan lupa diri dan sombong, sebab sikap ini akan menjatuhkan anda sekelip mata.

Nfam~ Nor Fazilah Abd Mohd
Mentor & Leader kepada stokis dan agen

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply