KES STUDY 6
Berbisnes seperti orang fulltime walaupun bekerja
Disclaimer :
Dalam kes study yang saya tulis,siapa tidak penting,apa yang penting ialah ambil pengajaran dan mesej dalam cerita untuk dijadikan panduan. Jika baik,ambil,jika tidak abaikan.
Kisahnya..
Si F ni bekerja dan nampak minat berniaga. Macam-macam dia niaga,asal barang boleh jadi duit.
Database ke mana,pengurusan kewangan ke mana,semua ke laut. Makin lama meniaga makin ke laut dalam.
Sampailah dia jumpa bisnes dan leader yang banyak bantu beri bimbingan. Asalnya dia masih terus rojak jual macam-macam sebab belum ada halatuju.
Satu hari dia tersentap dengan leader,lalu merajuk. Sebenarnya leader dah banyak kali bagi teguran berkias,eh dia tak faham pula.Hehe
Jadi tegurlah direct,leader pula lupa nak tapis,tapi Alhamdulillah sejak itu si F berubah menjadi lebih baik. Walaupun tersentap sampai menangis,tapi dia akui ianya benar dan mahu terus berubah.
Bayangkan jika dia tersentap dan bersangka buruk,pasti tak ke mana bukan?
Leader tu manusia biasa,boleh jadi dia menegur berhemah,boleh jadi ada masa dia menegur dengan cara yang tak sepatutnya,tapi ambillah yang positif. Sebab nak menegur orang pun bukan kerja yang senang. Kesanggupan seorang leader untuk menegur patutlah dihargai.
Seorang leader sanggup ketepikan perasaan lain dan menegur anak buah. Tiada leader yang nak tengok anak buahnya jatuh,semuanya untuk kebaikan.
Bersangka baiklah,kerana itu yang anda akan dapat.
Jika bersangka buruk,maka buruklah yang anda dapat.
Kita bandingkan situasi ini ye.
Si A dan B ditegur supaya memperbaiki sikap mereka demi kebaikan.
Si A mengambil positif ,bertanya dengan leader apa lagi kelemahan yang perlu diperbaiki.
Si B pula bersangka buruk,bagi dia leader sengaja nak kutuk dia,dan mula menjauhkan diri sebab beranggapan negatif pada leadernya.
Hari demi hari, prestasi si A semakin baik manakala prestasi si B semakin merosot.
Nampak tak akibat bila bersangka baik dan bersangka buruk dengan teguran ?
Hidup ini ada pilihan ,untuk cara kita mentafsir dan menilai sesuatu.
Pilihlah yang terbaik untuk hasil yang terbaik.
Semoga memberi manfaat perkongsian ini.
Nfam ~ Nor Fazilah Abd Mohd
Mentor&Leader kepada Stokis dan Agen
Norfazilah.com