Skip to main content

Dalam rezeki kita ada rezeki orang lain.

Pengalaman kali pertama buat majlis besar sikit untuk aqiqah anak bukan niat apa pun. Niat nak berkongsi rezeki je.

Bila fikir balik sebenarnya bukan berkongsi rezeki dengan tetamu je, tapi dengan usahawan tempatan yang menjual ;

Kambing golek dan western food
Kambing kampung
Satay ayam, daging
Aiskrim kon dan puding roti kuah kastard by Ct Iena Aiskrim
Laddu
Serta kuih muih yang ditempah oleh mak dan mak-mak saudara dengan makcik kawasan sini.

Yang lain tak tag sebab tak friend lagi di fb.

Yang tak makan kambing boleh makan ayam berempah dengan masak lemak dan ada menu kampung lain seperti ikan masin dan telur masin. 😋

Kami dah sediakan pinggan lebih sebab nak suruh makan lebih sikit esok tu. Hehe

Alang – alang anak bongsu dan ayah dia nak buat besar sikit kita kasi meriahlah sikit untuk dijadikan kenangan. Ada photografer dengan videografer jugak. Ha kongsi rezeki dengan mereka ni jugak selain usahawan khemah serta pelamin yang macam anak nak kahwin ni. 😅

Esok ada photobooth jugak. Bolehlah bergambar jadikan kenangan ye.

Rezeki anak bongsu.

Rezeki kita semua esok. Insyaallah.

Terima kasih kepada semua ahli keluarga, saudara mara, staf dan semua yang membantu. ❤️

P/s : Esok dalam goodies ada bagi Minyak Herba Asmak 10ml untuk semua tetamu.

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply