Skip to main content
Keluarga

Doakan Mak Saya Cepat Sembuh

Kenapa saya ni beriya sangat.
Mungkin ada yang tertanya.
Last saya update pasal mak saya kat sini bulan 6
Hari ini saya nak share apa yang berlaku lepas tu.
1. Selepas asyik demam panas, muntah, loya, batuk tak berhenti, sesak nafas, akhirnya mak kena admit kat hospital.
2. Saya masa daftar pun bagitahu mak saya sebelum ni keadaan dia stabil, tapi lepas cucuk jadi macam tu. Staf tu diam je.
3. Mak pun bagitahu doktor dia kena lepas cucuk, doktor terus jawab, eh mana ada ni bukan sebab vaksin. Nak kata apa lagi, dahlah kita pun tak boleh masuk. Mak dikatakan paru – paru berair.
4. Lepas keluar hospital, mata kiri mak masalah, dia mula tak nampak, saya bawa hospital swasta, terpaksa buat laser.
5. Tak sampai 2 minggu mata kanan pulak masalah , bawa lagi jumpa doktor mata. Kena operate pula mata kanan.
6. Demam still on off. Ada satu hari tu bangun pun tak daya. Terkencing pun tak boleh bangun, kami pakaikan pampers. Seminggu jadi lembik.
7. Lepas tu kaki dia pula bengkak sebelah kiri, bawa jumpa doktor semua cakap benda yang sama, darah tak jalan. Dah kenapa darah tak jalan pulak. Tak pernah berlaku.
8. Kaki yang bengkak tu, dah mula melecur macam orang terbakar tu. Ini pun tak pernah berlaku. Hari-hari kami kena cuci. Pergerakan pun terbatas sebab kaki sakit, tak boleh nak jalan sangat.
Dan sampai sekarang mak saya masih tersiksa. Tak boleh tidur malam asyik terjaga. Makan tak lalu. Dan tiba-tiba dia akan menangis sebab down sangat dengan kesihatan dan diri dia sekarang.
Itu baru lepas 1 dose. Menyesal saya tak larang sebab mak saya dengar cakap saya. Saya pula masa tu kekurangan info dan banyak benda saya tak tahu. Menyesal pun dah tak guna.
Sekarang kami cuma berusaha setiap hari untuk pulihkan mak saya. Dia juga agak sensitif sekarang. Dan kadang-kadang menangis menahan kesakitan. Dia cakap tak pernah sakit macam ni.
Ye betul sakit penghapus dosa.
Rezeki kalau orang yang cu cuk tak kena apa sekarang. Tapi kalau kena macam mak saya barulah tahu penangan AEFI tu. AEFI is real ye. Benda yang ramai betul tak tahu sedangkan ada buku garis panduan. Rekod pun tidak macam negara luar. Di mana ketelusan?
Tak kena batang hidung bolehlah cakap macam-macam. Saya tak mampu nak bersangka baik sebab saya punya level husnuzon bukan tahap dewa macam kebanyakan orang, bila jadi macam ni salahkan benda lain seperti si C, ajal dan si V kekal rekod sebagai air suci yang tak boleh dikritik.
Hari ni saya cerita supaya boleh faham kenapa saya perjuangkan benda ni walaupun impaknya belum tentu ada. At least saya bersuara.
Itu belum pemerhatian saya terhadap kes lain. Hati ni membuak rasa sedih, geram dan sayu.
Kuatkan kami ya Allah.
Doakan mak saya dan semua yang menderita akibat AEFI cepat sembuh. 😓

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply