Terbaca perkongsian dari newsfeed tadi.
Banyak berlaku ni,setakat ni alhamdulillah saya tak ada perangai ni dan harap memang tak ada.Takut dengan dosa
Yang suka buat tu harap insaflah.Berhenti bangga jadi pengadu domba atau spy orang lain.
******************
Antara DOSA SIBER yang meriah hari ini adalah screen capture facebook orang yang sedang mengata, mengumpat dan mengutuk seorang yang lain, kemudian diberikan screen capture itu kepada yang dikutuk agar bertindak balas atau kononnya ‘membantu’ mangsa. Itu sebenarnya namanya ‘Nammam’ atau juga ‘Qattaat’ iaitu pengadu domba yang dosa. Nabi sebut ( لا يدخل الجنة نمام) ertinya “Tidak masuk syurga orang yang mengadu domba”. (Hadis sohih riwayat Muslim)
Moral : Jika sekadar seorang umpat, kutuk dan mengata. JANGAN sebarkannya khususnya kepada mangsa. Nasihatlah pengumpat & pengutuk, itu cukup. Selanjutnya balasan kelak nanti di barzakh & akhirat.
Namun jika seorang memfitnah atau mencipta cerita bohong terhadap seseorang, itu barulah boleh ‘screen capture’ dan diserahkan kepada mangsa untuk tindakan lanjut yang sesuai seperti saman.
*Peringatan untuk diriku , jauhkan kami dari membuat perkara-perkara yang berdosa