Skip to main content

Ha, inilah aktiviti hari ni.

Semalam dah buat persiapan cari pakaian renang dan aksesori.

Kopak RM1k lebih kat Decathlon.
Itupun cari yang harga biasa punya.

Mujurlah mak ayah berbisnes, kalau tak memang tak merasalah.

Memang duit bukanlah segalanya, tapi segalanya memerlukan duit zaman sekarang.

Asalnya tanya kelas berenang untuk anak – anak je.

Patutnya kelas weekend,tapi sebab rakyat ramai coach bagi slot khas weekday pakej family + free untuk ibu bapa.

Bapa je la, nanti baby siapa nak jaga. Lagipun saya memang fobia nak belajar berenang ni. 🤭

Biar anak-anak je la.

Lama dah nak anak belajar berenang betul – betul.

Memang dah boleh berenang sikit – sikit, tapi amatur la kan.

Ayahnya pun suka nak belajar walaupun boleh berenang. Dia cakap tadi bagus sebab banyak teknik dan tip yang dia tak tahu selama ni.

Alhamdulillah. Apa yang mak rancangkan menjadi.

Tunggu baby besar sikit nak bagi dia pun belajar jugak.

Kalau betul-betul nak pandai dekat 2 tahun jugak coach tu cakap.

Next yang gegirl akan join kelas memasak, geng boboiboy dengan aktiviti basikal mereka, banyak fun ride dan jamboree menanti.

Sekarang misi nak cari kelas pertahanan diri untuk mereka. Mudah nak pertahankan diri nanti.

Ni untung pindah sini, macam-macam benda ada. Kena sediakan duit je. Huhu

Jom kerja keras. Bina bisnes dari sekarang demi masa depan yang lebih cemerlang. Insyaallah.

 

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply