Hampir 10 tahun berfacebook boleh kira berapa kali aku pernah menulis tentang abah.
Ada kasih sayang yang kita tak mampu nak tunjukkan. Yang aku simpan jauh di sudut hati. Biarlah dia saja yang tahu. 8 tahun terlantar sakit aku berusaha keras untuk senang supaya aku mampu pulihkan dia. Tapi Tuhan lebih menyayangimu.
Aku juga telah berusaha semampunya.
Abah pergi sehari selepas menikahkan aku 15 tahun yang lalu. Tiada lagi anniversary yang akan ku ingat selepas ini melainkan tarikh pemergianmu.
Abah pergi 7 hari selepas Aidilfitri. Abah pergi minggu hari bapa.
Tenanglah dikau di sana abah.
Ramai puji jenazah abah yang sangat tenang, berwajah bersih, dan macam tidur. Segala urusan pun sangat mudah sekali. Begitu ramai yang menghadiri kenduri yang kami niat sedekah atas nama abah dan mendoakan dari dekat dan jauh. Semua di luar jangkaan.
Tiada hari yang aku tak ziarah kuburmu. Tapi satu masa aku terpaksa pergi. Namun doa buatmu takkan kulupakan abah.
Aku juga akan mencari kekuatan yang telah pun hilang. Hidup terasa kosong dan bila ingatan terhadapmu datang aku tak dapat menahan air mata ini.
Manakan tidak aku melihat dirimu sedang tidur. Rupanya kau telah pergi 5 minit sebelum aku sampai. Pasti ada hikmahnya. Namun aku bersyukur kau pergi di pangkuan satu – satunya adik yang aku ada. Terima kasih menjaga abah dengan baik.
Dunia hanya sementara. Kita kerjakan amal ibadat dan berbuat baik. Moga berjumpa di syurga.
Terima kasih banyak pada yang mendoakan dan memberi kata semangat. Hanya Allah mampu membalasnya.
Berikan sedikit masa untuk aku move on. Aku redha dengan segalanya. Aku cuma mahu menenangkan fikiran kerana tersangkut dengan hajat terakhir aku yang tak kesampaian di hari terakhir aku menjaganya sehari sebelum itu.