Skip to main content
Cerita Bisnes

Emas atau gadget

By September 11, 2018No Comments

*EMAS VS GADGET : Mana Lebih Baik ?*

Cuba ingat balik bila kali terakhir anda membeli gadget canggih?. Setahun lepas?, 3 bulan lepas?, ataupun semalam?. Andakah anda juga suka ataupun kerap tukar gadget anda itu?.
.
Kemajuan teknologi yang semakin pesat berkembang membuatkan kita semakin cenderung untuk kurang menyimpan. Dari membelanjakan pada sesuatu yang boleh disimpan dan dilabur, masyarakat kita lebih gemar membeli gadget mahupun alat-alat elektronik. Lama-lama semangat nak menyimpan tu pun mula pudar.
.
Adakah anda yakin bahawa gadget yang anda miliki itu boleh dijadikan tabungan yang kekal yang boleh dijual bila-bila masa pada harga yang berbaloi?. Sebenarnya ada tabungan/simpanan yang lebih menarik untuk membantu anda ketika anda mengalami kesusahan iaitu *EMAS*.
.
Emas ni selain dijadikan sebagai perhiasan ia juga boleh dijadikan simpanan dimana ia akan membuatkan simpanan kita memnjadi lebih kukuh. Nilainya yang fleksibel seiring dengan peredaran masa menjadikan emas sebagai simpanan terbaik untuk anda. Berbeza dengan gadget yang akan sentiasa mengalami susut nilai. Contoh anda membeli Samsung S7 pada harga 2000++, jika anda jual pada bulan hadapan maka nilai Samsung itu tadi akan drop dari harga asal dan drop lagi dan drop lagi pada bulan-bulan seterusnya.
.
Berbeza bukan dengan emas?. Agak mustahil gadget akan mengalami kenaikkan harga seperti emas sebab pasaran gadget mempunyai banyak pesaing yang akan membuatkan harga gadget sentiasa menurun. Emas ni banyak mana pun pesaing ianya takkan member kesan pada harga emas itu.
.
.
Maka, dalam soal simpanan ini, mana satu pilihan anda? Emas atau Gadget?. Buat pilihan yang bijak yaa 

*Gold For Future*

#EdaliaGold

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply