Skip to main content

Sebenarnya kami ke Terengganu atas 2 sebab je.

Bukan sebab bercuti ke atau sebab saya nak jalan-jalan atau makan – makan. Yang itu kira bonus je. 🤭

Kami mendapat jemputan dari FC Pemanis sebagai penaja utama sejak dua tahun berturut – turut. Alhamdulillah

Asalnya kan masa pihak FC Pemanis ni approach kami, saya tak perasan lagi keistimewaan mereka ni.

Tahun lepas kami tak sempat hadir majlis yang diadakan,hantar staf je sebagai wakil.
Tahun ni baru berkesempatan.

Terasa nak tengok sendiri mereka ini.

Susah kot nak jumpa persatuan geng bola komuniti yang bersemangat luar biasa macam mereka ni.

Apa yang membanggakan, ianya didirikan sudah berpuluh tahun dan disambung oleh anak-anak Terengganu yang berjaya di perantauan dan balik ke kampung untuk berkhidmat pada masyarakat.

Ada yang sanggup tolak jawatan dan kenaikan pangkat serta gaji kerana minat untuk membantu anak muda mengembangkan bakat mereka.

Yang lebih mengagumkan, duit mereka pula kadang dileburkan supaya belia ini terus bersemangat.

Inilah semangat yang kita mahu kan.

Dan ini juga satu perkara yang bagus untuk belia kerana ada aktiviti yang berfaedah dan mengelakkan mereka dari membuang masa.

Kenapa Asmak terus menaja FC Pemanis adalah kerana kesungguhan mereka bukan sahaja menyumbang pada masyarakat, tapi mereka berusaha untuk memperkenalkan jenama Asmak dengan bersungguh-sungguh.

Segan kami dibuatnya pada malam itu kerana nama Asmak dan pengarah disebut berulang kali.

Terharu sangat rasa.

Malah saya berasa seronok tengok penaja – penaja lain dari pelbagai bidang bisnes datang untuk memberi sokongan pada malam itu. Rata-rata adalah usahawan Terengganu yang berjaya. Semoga bisnes mereka terus maju. Amin.

Apabila melihat sendiri team ini, kami berasa seronok dan kena dengan tema kami #WeAreFamily.

Walaupun baru jumpa tapi seperti sudah kenal lama.

Saya doakan team FC Pemanis akan terus sukses dan berjaya ke peringkat yang lebih tinggi.

U can do it guys.

Di belakang anda adalah mereka yang hebat-hebat.

Lebih banyak gambar rasmi di ruangan komen.
Orang Terengganu wajib support dan like page mereka.

Semoga lebih banyak team sebegini diwujudkan di seluruh Malaysia untuk memberi peluang pada belia menyalurkan hobi dan bakat.

Tak lupa terima kasih banyak pada Marina Ahmad dan suami yang banyak membantu kami sepanjang di sana.

Siapakah mereka?

Mereka adalah pendaki ke Gunung Everest dan Marina merupakan wanita pertama dari Malaysia ke sana.

So proud with both of you. ❤️

#Asmak #WeAreFamily #FCPemanis

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply