Skip to main content
Cerita Bisnes

Fesyen vs Aurat

*FESYEN VS AURAT*

Sekarang ni kalau kita tengok pelbagai jenama tudung dan tutorial tudung tak kisah lah bawal ke shawl ke tumbuh bagai cendawan lepas hujan. Semakin ramai kaum wanita mula mengenakan tudung dalam menunaikan tuntutan agama.
.
Tetapi dalam keghairahan mempromosikan tudung, beberapa aspek masih lagi dipandang ringan terutama soal konsep *“menutup dada”*. Trend sekarang yang paling ketara saya lihat adalah memakai tudung tetapi dililitnya di leher. Fesyen ini amatlah salah disisi agama dek kerana ianya tidak memenuhi tuntutan dan syarat dalam mengenakan hijab/tudung.
.
Tidak salah sebagai seorang muslimah untuk berfesyen tetapi janganlah fesyen itu fesyen yang dimurkai Allah. Pakai tudung mahal-mahal tapi dililitnya dileher lepastu hanya labuh dibelakang singkat dibahagian hadapan.
.
Wahai wanita diluar sana, sayangilah diri anda, maruah anda dan aurat anda.
.
Tutupilah auratmu dengan sempurna. Biar tak cantik dipandangan manusia tetapi cantik dipandangan Allah. Tanya lah diri anda adakah anda memakai tudung kerana Allah atau sekadar mengikuti trend semasa.
.
Wahai wanita, ingatlah sesungguhnya anda sebaik-baik perhiasan dunia. Jom tutup aurat dengan sempurna. 

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply