Skip to main content

Fitnah Makanan Akhir Zaman (Bahagian 8): Label “Selamat”, Cop Halal & Makanan Ultra-Proses — Anak Kita Jadi Mangsa

Fitnah makanan akhir zaman (Bahagian 8). Kadang-kadang sedih melihat makanan-makanan yang disumbat dalam mulut, termasuk kepada anak-anak. Kadang rasa seperti sedang makan plastik. Badan sudah “ambil”, makan pula tidak dijaga — lagi cepatlah penyakit keluar.


1) Hari ini mak-mak bijak sudah mula baca label

 

Tapi sayangnya… ramai masih tertipu dengan istilah “selamat”, “ada kelulusan”, “sesuai untuk kanak-kanak”.
Padahal, itulah label palsu paling halus yang membuatkan kita suap “racun” hari-hari. Tidak kurang juga kerana ada cop halal. Walhal tidak sedar, ada halal belum tentu bagus.

– Jajan ada cop halal & “sesekali tak apa”

 

  • Ramai tenang bila nampak cop halal & label “ada zat”.

  • Tapi jajan/jeli/jus kotak ini penuh dengan:

    • Gula tinggi yang merosakkan mikrobiom usus.

    • MSG & perisa sintetik yang memberi kesan neurotoksik.

    • Pewarna tartrazine & sunset yellow yang meningkatkan risiko ADHD.

 

  • Kajian The Lancet (2007): pewarna sintetik tertentu meningkatkan hiperaktif & gangguan tumpuan pada kanak-kanak.

 

– Sosej, nugget & daging proses “sesuai untuk bekal sekolah”

 

  • Makanan paling senang disumbat, tapi paling berisiko.

  • Kajian International Agency for Research on Cancer (IARC) sahkan: daging proses dikategorikan sebagai karsinogen Kumpulan 1 — sama kategori dengan rokok.

  • Bahan pengawet seperti nitrat & nitrit boleh bertukar menjadi nitrosamina dalam badan yang mencetus kanser perut & usus.

 

– Minuman yogurt perisa, susu berkotak “tinggi kalsium”

 

  • Baca label; kandungan gula sama atau lebih tinggi daripada air gas.

  • Kajian Harvard School of Public Health: ambil minuman tinggi gula pada waktu pagi = gangguan memori & tumpuan sepanjang hari.

  • Susu & yogurt jenis ini hampir tiada bakteria baik, cuma tinggal pewarna + gula + susu campuran.

 

– Tepung & roti “putih bersih”

 

  • Lagi putih tepung, lagi banyak zat yang hilang.

  • Tepung gandum komersial = tinggi indeks glisemik dan menaikkan gula darah mendadak → insulin spike → risiko keradangan.

  • Kajian Journal of Nutrition menunjukkan pengambilan berlebihan makanan glisemik tinggi mengganggu mood, fokus & fungsi kognitif.

 

– Makanan viral anak: cornflakes bersalut coklat, kek pelangi, boba, keropok cheese tarik

 

  • Viral di TikTok, sedap di lidah, tapi:

    • Penuh pewarna kimia

    • Gula halus tinggi

    • Minyak terhidrogenasi

 

  • Kombinasi ini = gabungan “sempurna” untuk rosakkan keseimbangan hormon & mikrobiom usus.

  • Kajian Frontiers in Endocrinology (2022) kaitkan makanan ultra-proses dengan gangguan hormon kanak-kanak & keradangan otak.


2) Inilah mitos paling besar

 

Asal “boleh makan”, asal “bukan dadah”, asal “ada logo halal” = selamat.
Padahal banyak bahan ini, kalau masuk makmal akan kena label “potensi toksik jangka panjang”.
Tapi bila masuk pinggan kita… tak ada siapa soal. Kita pun tak kisah, kan? Huhu.


3) Hari ini ramai anak-anak yang:

 

  • Cepat marah

  • Tak fokus

  • Usus lemah

  • Sembelit kronik

  • Kerap demam, kahak, batuk

 

Bukan sebab genetik. Tapi sebab mulut mereka disuap dengan benda yang sistem kata “tak apa” — boleh sahaja ambil hari-hari. Lepas itu senang dapat. Mak ayah pun siap bantu supply.


4) Makanan itu bukan sekadar kenyang

 

Apa yang kita suap hari ini akan menentukan anak kita kuat atau sakit esok hari. Mat Saleh kata: “You are what you eat.” Gitulah.
Makanlah yang baik-baik. Tak mampu ubah sekaligus, kita ubah sedikit demi sedikit.
Seperti yang saya pernah tulis; kami sendiri makan tahun untuk ubah cara pemakanan anak-anak yang pernah kami silap dahulu. Anggaplah ia proses. Tapi kena ikut betul-betul, jangan ‘skip’.

Semoga bermanfaat.


#sharingbynfam #awaken #kesihatanadalahkekayaan


Sumber artikel:

 

  1. McCann et al. (2007). Food additives and hyperactive behaviour in 3-year-old and 8/9-year-old children in the community. The Lancet.

  2. IARC (WHO). (2015). Carcinogenicity of consumption of red and processed meat.

  3. Harvard School of Public Health. Bukti kesan minuman tinggi gula terhadap kesihatan metabolik & fungsi kognitif.

  4. Journal of Nutrition. Hubungan makanan berindeks glisemik tinggi dengan mood, fokus dan fungsi kognitif.

  5. Frontiers in Endocrinology (2022). Kaitan makanan ultra-proses dengan gangguan hormon dan keradangan.

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply