7 Perkara Ibu Prihatin Perlu Fikir Sebelum Memberi Anak Makan
Hari-hari kita memberi anak makan.
Tetapi jarang kita bertanya:
“Apa sebenarnya yang aku suapkan ke dalam mulut anak aku?”
Sistem pemakanan moden sering mengajar kita:
Asal kenyang, asal halal, asal tidak memudaratkan serta-merta; semuanya dianggap baik.
Padahal, banyak makanan yang status halalnya sah, tetapi kesannya perlahan-lahan merosakkan tubuh.
Ini 7 soalan penting yang patut kita jawab sebelum memberi anak makan:
1. Ada bahan kimia atau nama pelik dalam senarai bahan?
-
Jika ada e-number, pewarna, pengawet, atau penambah perisa, tanyakan semula:
“Kenapa bahan ini perlu ditambah?” -
Makanan asli tidak memerlukan bahan kimia pelik.
-
Yang pelik itu bukan makanan. Itu bahan dari makmal.
2. Apa jenis minyak yang digunakan untuk memasak?
-
Minyak sawit tulen = stabil.
-
Tetapi minyak jagung, bunga matahari, dan canola = tinggi omega 6; semua ini pencetus radang.
-
Bila usus radang, otak juga terkesan.
3. Gula itu dari sumber asli atau tiruan?
-
Gula kabung, gula kelapa, kurma, madu dan stevia adalah pilihan yang baik.
-
Gula putih halus, sirap glukosa, maltodextrin dan banyak lagi pemanis tiruan tidak sihat = musuh kepada sistem imun anak.
4. Makanan itu beri zat atau sekadar mengisi perut?
-
Roti putih, mi segera, jajan hanya beri rasa kenyang.
-
Tetapi langsung tidak membantu membina sel badan atau otak.
-
Tanyakan: “Makanan ini membina sel, atau membebankan sel?”
-
Ada sahaja roti dan mi versi better choice; boleh diberikan kepada anak sesekali.
5. Kalau aku beri hari-hari selama 6 bulan, apa jadi dengan kesihatan anak aku?
-
Bukan sekali-sekala yang merosakkan.
-
Tetapi bila racun kecil dimakan setiap hari, lama-kelamaan imun jatuh, hormon rosak, emosi tidak stabil.
-
Cuba bayangkan: “Kalau makan ini 200 kali dalam setahun, apa kesannya?”
6. Makanan ini makin menguatkan anak atau makin melemahkan imun dia?
-
Makanan sunnah, real food = menguatkan sistem semula jadi.
-
Makanan proses = memberi racun secara senyap.
-
Tanyakan: “Aku sedang melindungi anak, atau memudahkan penyakit masuk?”
7. Kalau Nabi SAW ada di depan aku, aku berani tidak suapkan makanan ini pada Baginda?
-
Soalan paling berat. Tetapi paling jujur.
-
Kalau kita tidak berani memberi Nabi makan benda itu,
kenapa kita sanggup beri anak kita makan tanpa berfikir panjang?
Realitinya:
Bukan doktor, bukan guru, bukan influencer yang menentukan anak kita sihat.
Tetapi apa yang kita letakkan atas pinggan mereka setiap hari.
Dan ini bukan soal mahu menjadi “mak ayah sempurna”.
Ini soal tidak menutup mata bila tahu apa yang disuapkan itu memudaratkan.
Kita tidak akan mampu jaga anak dari semua perkara…
Tetapi kita boleh kawal satu perkara paling penting;
apa yang kita suapkan kepada mereka setiap hari.
Kita tidak akan sempurna;
Tetapi kita cuba sedaya upaya.
Tidak mampu 100%, jika dapat capai 90-95% pun sudah cukup baik.
Semoga bermanfaat.
#sharingbynfam #awaken #kesihatanadalahkekayaan







