Hari pertama Shibi tidur di rumah lepas pindah.
Bukan main lagi seronok sampai tidur pun senang je. Kalau tak, kena menyusu dulu baru nak tidur.
Alhamdulillah. Tamat sudah acara ulang alik ni. Dua tahun jadikan Gombak sebagai tempat untuk transit. Akhirnya kita jadi orang sinilah nampaknya.
Dua tahun weekday duduk Gombak, Isnin hingga Jumaat. Lepas anak habis sekolah Jumaat tu balik Bentong sampai Ahad. Sangat penat. Dengan nak uruskan bisnes lagi.
Tapi saya percaya bila kita ada misi dan visi besar dan target personal, family, bisnes, tiada yang mustahil.
Dua tahun berhijrah dan dua tahunlah kira merantau kat tempat orang.
Macam-macam benda baru kami tahu, belajar dan alami. Pengalaman pun semua ada pahit, manis, suka duka.
Hmmm. Rindukan jiran sebelum ni.
Di tempat baru masa tengah uruskan rumah lagi dah kenal jiran kiri kanan. Duduk di kawasan 80-an,jiran – jiran semua orang lama. 😁
Semoga harmonilah hendaknya macam dulu.