HIDUP MENGIKUT SANGKAAN
Sebenarnya kan,sepanjang saya bergelumang dalam sistem agen ni,saya belajar banyak benda.Antaranya apa yang pengedar sangka,itulah yang mereka dapat.
Antaranya mereka sangka mereka tak mampu jual,sedangkan orang lain boleh.Maka jadilah dia orang yang tak boleh menjual,di saat orang lain jual sampai tak cukup stok.Dia pula stok tak gerak-gerak.
Kemudian ada jenis leader takut sangat anak buah dia kenal founder,kenal HQ.Tak percaya pada rezeki.HQ lain tak tahulah,sebab kes sailang memang banyak.Tapi nak bersangka buruk pun tengok oranglah.Kalau HQ Asmak ni jenis sailang pengedar,lama dah buat kerja macam tu,tapi kami bukan jenis macam tu.HQ berhak kenal siapa pelanggan mereka,yang nak sorok sangat team tu kenapa?Last-last down dan tenggelam dalam sangkaan buruk sendiri.Kesian sangat.
Padahal niat HQ nak bantu anak buah mereka.Tapi disebabkan sangkaan mereka,tak berkat jadinya.
Orang lain makin maju,dia makin merudum.Untung tak dapat,makin rugi ada.
Cuba hidup bersangka baik,positif dan negatif biar bertempat.Ini tak.Mulut sebut positif vibes,tapi dalam hati,mak aih.Ni realiti.Ada orang tak tahu nak positif dan negatif dekat mana.
Nak tutup kelemahan sendiri mudah je,tuding jari pada HQ.
Saya yakin benda macam ni berlaku pada ramai founder.
Sebenarnya tadi saya dah taip 9 perkara yang pengedar dalam sistem agen harus jauhi,tiba-tiba boleh hilang.
Jadi nak puaskan hati,tulislah juga walaupun sikit berbanding tadi panjang berjela.Lain kali lah saya sambung versi lengkap.
Ok,tu sisi yang tak berapa sedap dengar,jom baca cerita yang sedap dengar pula.
Saya dapati,pengedar yang positif pula,rezeki bertambah-tambah.Dan team mereka semakin membesar.Ada masa mereka bukan top stokis pun,tapi keberkatan dan keikhlasannya membuatkan yang sedikit berasa cukup.
Mereka juga bijak wujudkan demand.Maksudnya bukan tunggu ada permintaan baru nak jual.Dia sendiri yang wujudkan demand dan permintaan tu.Maka jadilah,jual apa pun laku.
So tak adalah istilah menyalahkan HQ produk tak jalan.Orang lain sampai stok tak cukup,macam mana entah dia stok tak jalan.Menuding jari memang mudah,hakikatnya kelemahan diri sendiri yang terlalu banyak.Jika ramai yang boleh,kenapa yang minoriti ni tak boleh?Tepuk dada tanyalah diri sendiri.
Berhenti menyalahkan orang lain.Itu yang terbaik.