Skip to main content
Umum

Info terkini tentang Covid-19 (12.03.2020)

Sampai sekarang ramai yang tertanya-tanya lokasi 150+ yang terkena jangkitan Covid19.

Malangnya kita hanya tahu sebahagian mereka dari tanah besar China dan sebahagian adalah rakyat kita sendiri.

Ye,tahu mereka di hospital dan sedang dirawat,tapi mereka tinggal di mana,kemungkinan kena di mana dan bagaimana.

Hanya ada beberapa lokasi sahaja yang viral contohnya Melawati Mall,beberapa agensi kerajaan dan badan berkanun dan ada satu kes di Pahang melibatkan jemaah tabligh.

Yang lain kenapa macam misteri je?Bukankah penting untuk kita tahu supaya semua pihak boleh mengambil langkah berjaga-jaga dan elakkan kawasan-kawasan yang telah dikunjungi oleh penghidap virus ini.

Semoga dunia semakin pulih lebih cepat.

Dengarnya ia akan berpanjangan sehingga Disember 2021.Satu tempoh yang sangat lama.

Banyak bisnes besar sudah terkesan,tak mustahil bisnes kecil juga akan terkena tempias.

Tadi Melawati Mall pun sudah sangat lengang,ye,sangat-sangat lengang.Parking VIP langsung tak ada kereta. Kedai kopi yang selalu orang duduk pun tak ada orang langsung.

Dan banyak tempat orang sudah kurang sangat.

Kita hanya mampu berdoa dan berusahalah. Selebihnya berserah pada Allah swt.

Lakukan langkah pencegahan dan gunalah sanitizer selalu.Ia lebih penting dari mask.Mask untuk mereka yang sakit,mereka lebih patut pakai untuk elak sebarkan jangkitan.

Insyaallah kami akan terus update dan bantu sebarkan info berkenaan virus ini dari semasa ke semasa di page rasmi HQ dan semua pengedar akan kongsikan juga.

Agak penting untuk mendidik masyarakat supaya dapat menjalankan pencegahan dan sentiasa menjaga kebersihan diri melalui beberapa langkah penting.

Kita teruskan berdoa ye,jangan putus asa.

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply