Skip to main content

Tengoklah dia.

Balik kampung tanpa tuan dia minggu lepas.

Sayu je tengok video dia balik Kelantan tu.
Masih kuat dan laju.

Ini kereta Kancil pertama saya. Kereta yang saya guna untuk pergi mengajar dulu. Bawa anak ke sekolah pun guna kereta ni.
Umur dia dah 20 tahun lebih dah, warna cat pun dah pudar teruk,dulu ok je. Maklumlah dah lama.

Tak suka kereta encik suami sebab suka yang kecil-kecil dan comel rasa senang nak handle. 😅
Maklumlah kita ni rendang je.

Kereta ni pun second hand saya beli, janji ok. Kebetulan pulak nombor plat tu kan. Macam nama kami suami isteri pulak, dan pangkal 2 nombor tu birthday saya.

Ini hari terakhir dia parking kat rumah yang kami sewa untuk staf sebelum adik ipar bawa balik sebab nak baiki apa yang patut dan make over bagi lawa sikit.

Nanti kita bolehlah tengok kejadiannya.

Kita kena sayang barang kita dan kalau tak guna biar ada manfaatnya. Kereta ni juga pernah digunakan oleh staf untuk pergi kerja, adik beradik dan saudara – mara.

Encik suami ni jenis sayang barang dan selagi boleh jaga dia akan jaga.

Kancil ni ada jasanya sendiri.
Maybe sentimental value juga.

Menjadi saksi tuannya yang pernah struggle.

Tak sabar nak tengok wajah baru sang kancil!

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply