Semalam sempat buat makan simple-simple sempena dengan hari terakhir staf part time yang baru beberapa bulan kerja di HQ Asmak.
Ini adalah pengalaman pertama bekerja beliau selepas habis belajar.
Dia terikat dengan company yang bagi sponsor masa belajar. FGV dah panggil masuk kerja.
Alhamdulillah, rezeki beliau kerja dengan FGV.
Semoga semakin cemerlang dan berjaya insyaallah.
Ketua unit stor & logistik pun puji kemain semalam.
Memang staf yang bagus dan berdedikasi. Untung lah FGV nanti dapat staf bagus walaupun masih muda.
Semoga Nadia terus sukses. Amin