Skip to main content

Orang nampak kita tegas, boleh jadi garang. Tapi sebenarnya yang orang tak tahu ialah kita mengambil masa yang lama untuk buat sesuatu keputusan. Walaupun pahit kita terpaksa kuatkan hati untuk melafazkannya.

Orang kata kita zalim. Sebenarnya dia yang zalim sebab menghukum orang tanpa dia tahu asasnya.

Pendek kata, biarlah apa orang nak kata. Bukan mereka yang bagi dapur kita berasap, bukan mereka yang bayar gaji staf-staf kita, bukan mereka yang bersusah payah mempertahankan syarikat dan jenama kita.

Tapi kita dan sekelompok yang setia bersama kita. Yang sudi untuk bersatu dengan kita sehingga kita teguh tak retak walaupun diganggu.

Inilah kelompok yang kita perlu jaga sebaik mungkin. Bukan senang mencari team yang sanggup bersusah dan senang bersama. Mereka inilah layak diutamakan.

Berkata-kata, mengondem, mengutuk memang senang. Sebab mereka tak pernah rasa menjadi kita. Dan sepatutnya jika akal berfungsi dengan baik, tak perlu tunggu jadi kita pun, ramai je yang masih boleh memahami berada “di kasut orang lain.”

Jika kita banyak merungut terhadap sesuatu yang tak ikut citarasa kita, lepaskanlah. Usah tambah dosa.

Nfam,
Sekadar coretan pendiri bisnes.

#BisnesAsmak #MenjadikanHidupLebihBaik #MomsAndBabyProduct

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply