Skip to main content

Dalam bisnes,tipu jika kita tak pernah jatuh dan  down.

Pasti akan rasa.Mula-mula memang kita akan gelabah,rasa macam dah nak kiamat,dan tak nampak jalan dah.Rasa macam masalah kitalah yang paling besar.

Relaks.Tarik nafas lepas,ulang 10 kali.Mengucap,istighfar,ambil wudhu,kerjakan solat dan mengadu serta berdoalah sekusyuk mungkin.

Kemudian,boleh ceritakan pada partner atau orang yang kita percayai.Ada masa Allah tunjukkan jalan melalui mereka.Kata-kata mereka umpama “kata-kata” dari Allah,mereka hanya sebagai asbab.Janganlah tersilap pilih orang.Bukan semua orang sesuai mendengar masalah kita. Cari orang yang positif,optimis dan pendengar yang baik.

Dunia belum berakhir.Belajarlah untuk memotivasikan diri sendiri.Usah bergantung dengan kelas yang mahal-mahal.Dari 2012 saya menyaksikan kelas tak berguna macam ni terus menawarkan janji-janji palsu dan menggunakan peluang atas keterdesakan orang lain.Berapa ramai mereka yang saya kenal jadi ketagih dengan kelas motivasi macam ni dan hidup mereka tak ke mana pun.Yang makin susah pun ramai. Saya tak kata kelas macam ni 100% salah,tapi terlalu mencekik darah harganya.Kalau betul nak tolong,caj la harga berpatutan.

Sedihla dengar cerita ada usahawan yang baru nak naik,sanggup buat loan ratusan ribu sebab nak ambil pakej paling mahal bernilai ratusan ribu dan akhirnya lingkup.Ada pakar motivasi tu nak tolong? Sendiri yang cari pasal kan?

Ini kalau geng acah positif baca mesti marah kan?Hello,positif yang anda faham tu dah jauh melencong.Bukan kami tak positif,tapi kamu yang sebenarnya diperalatkan atas lesen “positif”. Tak sehaluan dapat gelaran biawak terus.Ajaran apakah? Hmmm .

Biarlah ada mazhab duk kata jangan menyindir dan memerli dekat fb ni.Demi nak beri kesedaran kepada yang belum sedar,saya rela dicop negatif.Negatif di mata anda tak apa,asalkan di luar siapa yang kenal saya betul-betul tahu hati saya macam mana.

Eh,ada je yang berjaya join program tu.Memang la der,orang tu memang dah hebat sebenarnya.Jentik motivasi sikit memang lagi laju la.Pokok pangkalnya diri sendiri tu. Kalau bagus,pergi mana pun boleh hidup.Kalau dah bermasalah,buatlah macam mana pun tetap bermasalah.

Ayuh,berhijrahlah sekarang demi kehidupan yang lebih baik. Tiada teguran yang diniatkan selain untuk menyedarkan.

Take it or leave it.

Kesian.

Eh,sekian.

#RahsiaLeaderBisnesTerbongkar #EbookTerbaruAkanDilancarkan

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply