Ini ayat biasa orang yang jenis suka rawatan dan perubatan alternatif akan dapat. Saya pun biasa dapat.
Dan saya akan jawab yang kita tak pernah pun ajar orang tolak rawatan moden 100%,sebab ianya masih diperlukan contoh kalau eksiden ke,beranak ke(yang ni ada option alternatif) atau kecemasan. Maksudnya kita cuma tak nak bergantung sepenuhnya je.
Last Fauzan masuk hospital ialah masa umur 2 tahun setengah. Sebab demam?sakit biasa?Nope.
Dia kena major operation dekat perut dia. Seminggu berkampung kat hospital masa tu raya Aidilfitri.
Lepas tu dia tak pernah sakit ke?
Ada je. Tapi kami bukan jenis sikit-sikit ke klinik atau hospital. Kami akan ikhtiar dulu.
Kalau pergi pun untuk tahu apa diagnosis dia.
Sebab kita tak ada alat tu semua. Dan inilah sebab saya kata kita tak boleh tolak 100%. Nak scan ke X-ray ke kita masih memerlukan. Lepas dah tahu jika perlu teruskan rawatan moden kita sambung. Kalau boleh ikhtiar kita balik dan ikhtiar. So far successful rate untuk ikhtiar selain dari rawatan moden amatlah tinggi. Ini untuk keluarga sayalah dan circle yang saya kenal. Untuk orang lain saya tak sure sebab badan manusia tak sama. Tak cuba tak tahu.
Dalam dua tahun lepas anak sulung saya patah tangan. Teruk jugaklah dia. Kami berubat cara tradisional so memang tak pakai simen ke apa cuma bandage je. Alhamdulillah lepas 2-3 bulan dia ok.
Untuk kes Fauzan dia bukan sahaja patah tapi tulang dia hancur dan kena buang. Doktor pakar kata sebenarnya kaki dia hampir kena potong tapi mujur ada saluran darah tepi tu sikit lagi nak kena tapi tak kena. Syukur sangat. Apa pun tulang tak dapat diselamatkan dan mereka beri kami tulang dia untuk ditanam. Adik saya tanam dekat sebelah kubur arwah ayah saya.
Kes macam dia memang kena ke hospital untuk rawatan moden dan saya sendiri tak tahu nak rawat dia bila melibatkan tulang patah dan kena buang. So far kami amat berpuas hati dengan rawatan yang pihak hospital berikan dan penjelasan pun sangat baik. Mereka juga menjawab semua persoalan dengan baik. Rezeki dapat perawat yang berhati mulia.
Saya selalu percaya ramai je yang baik- baik kat situ di sebalik yang tak tu.
Cuma saya stand by juga ikhtiar lain macam orgonite untuk elakkan dia dari frekuensi yang tak bagus,supplement tambahan,homeopathy dan buat urutan menggunakan Minyak Herba Asmak. Alhamdulillah bengkak kaki dia surut banyak dah dan dia pun lega kena urut senang tidur. Dia pun memang asyik minta diurut je memanjang dan kami layan je sebab urutan memang bagus membantu dia semakin sihat.
Set sunnah tertinggal kat rumah,ingat nak mula bagi lepas dia selesai operation kedua Rabu ni untuk pasang besi bulat untuk support tulang dia tumbuh,insyaallah.
Ada juga kenalan yang rekemen beberapa petua dan cara lain,insyaallah dah masuk list jugak tu.
Doktor kata dia akan banyak melalui prosedur pembedahan sebab kes dia agak komplikated. Sebab tu masa awal kena tu kami berhubung dengan beberapa hospital swasta tapi kena reject sebab kes berisiko,jadi kami teruskan je di hospital kerajaan. Alhamdulillah rezeki kami dapat layanan yang baik dan semuanya dibuat cepat.
Insyaallah lepas operation kena belajar fisio dulu dan kalau tak ada apa boleh balik. Cuma kalau kaki dia ok pun doktor kata dia dah tak macam dulu (cacat kekal). 🥲
Dari ADHD ke OKU fizikal. Kami akan ikhtiar apa sahaja yang boleh dan yang

terbaik

untuk dia. Tiada yang mustahil dengan kuasa Allah swt. Sedih juga tengok dia tiba-tiba menangis tanpa suara sambil tengok kaki dia. 😭

Apa yang pasti hampir setahun lebih Fauzan tak boleh jalan sehingga tulang dia tumbuh dan nanti besi akan dibuka.
Hari tu saya keguguran,rupanya Allah nak kami fokus pada baby lama kami.
Ada orang kata biar dia dapat bala.
Terima kasih banyak.
Ujian tu rahmat kalau dekatkan kita dengan Dia dan bala jika makin jauh dari Dia dan tak berubah.
Semoga yang mendoakan bukan- bukan tu sedar dan insaf seolah- olah dialah yang terpaling alim dan confirm masuk syurga. Stop judge orang sebab agama tak ajar macam tu.
Terima kasih banyak pada semua yang mendoakan. Semoga doa yang baik akan berbalik pada kalian. Amin 🤲

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply