Minggu ni memang banyak kerja.

Jadi macam biasa bila kerap ke ofis, banyaklah data kita duk minta staf bagi.

Bulan lepas kita tak dapat nak hit sales sangat sebab banyak produk habis. Just maintain 6 angka.

Julai memberi sinar sebab banyak produk akan masuk sedikit demi sedikit.

Sekali tengok, nilai stok tu 7 angka. Punyalah kita nak berusaha supaya agen dan stokis boleh menjual dengan senang hati.

Sebab kita tak amalkan sangat agen stokis order baru nak buat. Hq Asmak selalu stand by ready stock mengikut keperluan. Kalau habis tu maksudnya di luar jangkaan.

Sekarang fasa push market sambil cari rentak berapa kapasiti perlu tambah.

Staf pun dah bertambah jadi belas orang. Kalau campur orang luar dan part time dekat 20 lebih juga.

Kuantiti tak penting, apa yang utama adalah kualiti.

Dalam tak ada stok bulan lepas, baru sesi panaskan enjin coaching stokis, dah bertambah jumlah stokis yang buka ofis, buka centre, tambah staf, dah dekat 7 orang juga kalau tak silap. Ini satu kebanggaan buat kami.

Baru panas enjin. Bulan ni nak masuk gear 1. Nampaknya makin kebabom la mereka ni.

Saya seronok melahirkan agen dan stokis berjaya (dibaca : usahawan).

Tak perlu nak buat produk sendiri pun yang penting boleh buat duit.

Tak semua orang berjodoh dengan Asmak ni sebab kami ada misi, visi dan cara kami sendiri. Apa yang penting kami tak suka janji bulan bintang, tayang harta bagai, materialistik sebab jika itu yang ditayang, maka berduyunlah orang materialistik akan berada di sekeliling.

Cukuplah tagline kami, menjadikan hidup lebih baik dan konsep kami, “we are family”.

Kami mengalukan jika ada yang nak jadi usahawan di bawah bimbingan kami.

Tak guna ada produk sendiri kalau duk rugi, tak laku, kewangan ke laut, bisnes on off. Apa yang penting ialah, bisnes berjalan lancar.

Nfam,
Tak cakap besar. Just do it.

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply