Skip to main content

Hari tu terbaca kecaman netizen dekat orang yang tak peluk dan cium mak ayah dia.

Weh lah.. Bukan semua orang biasa macam tu. Dah dari kecil tak dibiasakan macam tu. Tapi kita tahu je orang tua sayang kita walau dia tak peluk dan cium kita.

Kalau mak ayah korang jenis peluk cium tak apalah, tapi janganlah kecam orang yang tak amalkan macam tu.

Bukan semua orang hidup macam tu.

Macam saya sendiri asal orang susah. Mak ayah turun pagi balik tengahari membanting tulang menoreh getah. Balik dah penat terus masak dan uruskan rumahtangga lagi.

Tapi kami jadi je manusia walaupun mak ayah tak cium dan tak peluk.

Kami tahu mak ayah sayang kami dengan cara mereka tersendiri. Bahasa badan mereka, perbuatan mereka dan kata- kata mereka pun dah cukup meluahkan walaupun jarang bersembang.

Bila dah besar dah tentulah kita yang tak biasa peluk cium ni rasa kekok nak buat benda sama. Netizen kecam katanya susah ke nak buat?

Susahlah cik kak sebab tak biasa.
Tapi kami peluk dan cium je orang tua bila raya dan bila nak balik dari kampung . Itulah peluang untuk orang yang tak biasa ni peluk dan cium orang tua.
Dalam hati bukan tak teringin tapi dah tak biasa, nak buat macam mana.

Duduklah di tempat orang tu baru menilai. Perjalanan hidup kita semua tak sama cik kak. Kita tak tahu apa yang orang lalui sepanjang hidup dia.

Ramai je peluk cium bagai dengan orang tua, selfie ke main tapi hakikatnya wayang je dan tak ambil berat betul – betul hal orang tua. Makan dia, sakit dia, perasaan dia.
Tak semua la. Yang tak tu jangan terasa.

Apa yang penting, jaga kebajikan orang tua, tanya khabar, cukupkan keperluan dan berbakti selagi ada.

Sekarang dengan anak sendiri, memang peluk dan cium juga. Itupun yang besar dah segan, dengan yang kecil je la.

Saya percaya, lain orang lain cara menunjuk kasih sayang.

Suami sendiri pun muka nampak ganas, tapi ringan tulang dan kami jenis buat kerja bersama, saling bantu membantu. Itu baru betul ikut sunnah Rasulullah saw.

Kalau dapat suami romantis bagi bunga suka peluk cium tapi pemalas, nak buat apa.

Tapi siapa dapat yang romantis dan ringan tulang, kira bonuslah.

Bersyukurlah dengan apa jua yang kita miliki, semuanya diatur cantik. ❤️

Sekian luahan dari seorang anak merangkap ibu.

Nfam,
Kasih sayang ada banyak cara untuk diekspresi.

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply