Skip to main content

Hari ni kena scam. Staf meminta datang ke pejabat kerana ada orang SOCSO datang katanya. Puas beralasan sebab malas ke pejabat. Pelik juga sebab biasanya orang SOCSO akan maklumkan terlebih dahulu jika mereka ingin datang. Kata staf, ada dokumen yang perlu ditandatangan.

Saya buat tak tahu je. Tiba-tiba staf dah sampai di rumah untuk menjemput. Mula-mula malas nak pergi, tapi staf buat muka poyo je menunggu. Adeh, terpaksalah bersiap, alang-alang memang kena keluar hari ni jumpa wartawan.

Sampai di pejabat, saya duduk di ruang tamu, tidak masuk ke bilik seperti biasa.

Saya tanya, “kat mana orang SOCSO tu?”. “Tandas”, jawab staf. Lepas tu tengok tandas tak ada orang. Tanya lagi, “mana dia?”. “Ada kat bilik”, jawab staf. Dalam hati, amboi duduk bilik, siap tutup pintu. Kenapa la staf tak cakap je tadi, kan senang masuk terus.

Gigih la masuk bilik. Sekali buka pintu – SURPRISED!!

Mujur saya tak dak sakit jantung. Tanya mereka, kenapa tak bagitahu awal, bolehlah berbedak sikit. Dah gambar pucat. Tak apalah jadi diri sendiri.

Pandai staf MHAMSB buat kejutan. TQVM. 🙂

Doakan saya ye kawan-kawan, semoga saya istiqamah dalam beribadat ,beramal soleh dan memberi manfaat hingga ke syurga. Amin.

En suami tiada, pergi ke KL. Tapi idea SOCSO tu dia la bagi. 🙂

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply