Skip to main content

Pagi tadi selesai urusan sijil kematian.
Petang ni bawak mak ke klinik yang dia suka pergi sebab kaki masih bermasalah. Ok sekejap, jadi balik tempat lain. Sekarang fokus pada keramat hidup yang satulah, itu sahaja yang ada.

Nak rujuk kakĀ Siti Azima Awang, pegawai Dietitian yang baik hati. Masa arwah abah beliaulah tempat rujukan saya untuk pemakanan arwah sehingga ke saat akhir. Beliau sangat membantu saya untuk pelan pemakanan arwah. Sudi membalas whatsapp saya siang dan malam. Masa arwah kena buasir lepas balik hospital, muntah hitam beberapa hari sebelum meninggal pun saya rujuk beliau sebelum jumpa doktor terdekat dan hospital.

Saya request pegawai Dietitian hospital ditolak mentah-mentah. Mungkin doktor tu kurang arif, dia cuma cakap ada tapi dia tak tahu. Lepas saya request jugak dia cakap biasa untuk pesakit kritikal je. Hmmm

Thanks kak Azima sebab saya follow semua nasihat akak dari kejauhan secara percuma.

Habis duit banyak untuk ubat-ubat dan rawatan pun tak apa. Janji puas hati. Hanya Allah mampu membalas jasa akak. Semoga dimurahkan rezeki sentiasa.

Dan thanks pada semua staf dan doktor Hospital Bentong dan Kuala Lipis yang melayan arwah dan kami dengan baik. Tak lupa pada misi yang menenangkan saya pagi 12hb June tempoh hari. Jasamu kukenang selamanya.

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply