Pening sekejap tengok stok yang ada di HQ Asmak by Mhamsb.
Ada yang dah habis terus. Ada yang tunggu masa je nak kena ngap.
Yang dah habis ada yang lambat sikit nak ada.
Memang terkesan juga akibat pandemik ni sebab stok botol yang selalu ada dah tak ada. Kilang buat bila ada permintaan sahaja dan ambil masa yang lama. Ada botol yang kilang dah tak nak keluarkan.
Supplier printing pun tutup company dan pindah lebih jauh ke premis lebih kecil.
Bukan tak ada supplier lain, tapi yang ni servis dia bagus dan lebih cepat + harga lebih baik dari yang lain.
Kadang kita dah merancang elok-elok supaya stok tak terputus tapi siapalah kita untuk menolak ketetapan Ilahi.
Insyaallah kami akan cuba adapt dengan situasi dan perubahan terkini.
Bukan senang jadi HQ. Banyak nak kena fikir dan ianya datang dengan tanggungjawab yang harus dipikul.
Bukan jadi HQ sebab nak fikir diri sendiri semata.
Insyaallah team Asmak akan terus buat yang terbaik bersama – sama demi pengguna yang dikasihi.