Skip to main content

Mata lebah vs mata lalat.

Mata lebah sentiasa mencari kebaikan.
Mata lalat sentiasa mencari keburukan.

Mata lebah sentiasa menghargai orang lain yang membantunya.
Mata lalat bukan sahaja tak pandai menghargai tapi tak pandai bersyukur.

Mata lebah sentiasa bersangka baik.
Mata lalat suka bersangka buruk.

Mata lebah suka memudahkan urusan orang lain.
Mata lalat suka menyusahkan.

Mata lebah suka menerima teguran dengan hati terbuka.
Mata lalat suka dipuji sahaja, tak boleh terima teguran.

Mata lebah memandang jauh ke depan, berfikir dengan rasional.
Mata lalat suka ikut emosi dan keegoannya.

Mata lebah akan berjaya dunia akhirat.
Mata lalat tersungkur di lorong gelap.

Dalam bisnes ni, akan jumpa macam-macam orang.
Paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih.
Kat fb ni semua boleh jadi lakonan. Tulis lain, hati lain, buat lain.

Kita tak mampu nak puaskan hati semua orang pun.

Hidup ni mudah je, tak suka seseorang leader tu berhenti je. Jangan buat dosa kering mengutuk leader. Tak kiralah leader tu founder atau stokis.

Sebab leader tu nak jaga ramai orang, tak mampu nak hadap spesies mata lalat yang menjadi virus yang akan merosakkan yang lain.

Kalau dah rasa bijak sangat, pergi dengan cara baik. Tak perlu nak sindir atau perli macam budak tak matang.

Eh eh. Pedas pula cili nasi lemak ni. Minum air dulu. 🤭

Nfam,
10 tahun dalam sistem agen, dah masak dengan dunia agen stokis. Setakat virus ni, isu picisan. Tak suka, stop. Kau tak mampu nak dapat rezeki berkat dari orang yang kau tak suka. Fokus sahaja benda lain jika tak mampu nak ikut peraturan company orang. Selagi tak ubah sikap, bertukar sampai 100 brand pun takkan berjaya.

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply