Skip to main content

Melaka terkenal dengan makanan viral.
Dan yang ramai tak tahu mungkin sikap saling sokong menyokong di antara satu sama lain.

Baru ni semasa program di sana sempatlah kita layan makanan best kat sana.

1. Coconut Shake Klebang – walaupun beratur panjang tapi mereka cepat siapkan tempahan. Memang ramai orang kat sini.
Coconut Shake kat sini memang kaw sangat, sedap dan best.

2. Akhirnya dapat juga rasa Keria Antarabangsa Hj Jalil. Sedap weh. Rasanya dia memang guna gula melaka asli tak ada campuran. Memang lain rasa keria gula Melaka di sini.
Mula – mula tersalah ke Keria Antarabangsa Hjh Rahmah. Ramai juga. Laki bini ke? 🤔
Tak kira, nak yang Hj Jalil juga. Gigih ke sana. Tapi encik suami yang beratur.
Dia bagi beli 20 biji je gaiss. 😅
Kalau orang tak ramai bolehlah beli banyak sikit.

Kalau nak keria dan coconut shake yang sedap juga di satu tempat, pergi je yang kat Batu Berendam. Sedap juga di sini.

3. Mee bandung ni bagi saya paling sedap di sini. Entah berapa kali repeat dah kat sini. Waze je Mi Bandung Rasa Selatan. Dekat sangat dengan Mangga Float Royale Melaka. Mee bandung yang tak dapat kat tempat lain. Lambat datang habis.

4. Macam biasa, lepas makan mee bandung sedap tu kita ke depan sikit beli Mangga Float Royale Melaka.

5. Lain-lain tu dodol asli dan dodol cair viral masuk TV katanya. Sedap, tak manis sangat. Selebihnya mee udang tu dekat dengan resort kami tinggal, Ismah Beach Resort. Nama kedai kami pergi D Ribut. Baru tahu di Melaka ada pantai juga macam di Port Dickson di Pengkalan Balak. Pertama kali tahu sebenarnya. 😅

Menarik juga di sini. Ada banana boat dan aktiviti lain juga.

Ada banyak resort, chalet dan homestay untuk dipilih di Pengkalan Balak ni. Kami pilih lokasi ni sebab dekat dengan Asmak Centre Melaka.

Selain hadir program, kami juga buat meeting dan training staf di sini.

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. ❤️

Kami pulang dengan memori yang indah.

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply