Melawat tapak projek Megah Holding jap.
Bertuahlah sangat kan๐
Alkisahnya. Lama dah duk aim kilang. Tahun lepas dapat tahu ada projek kilang sedang naik di Bentong. Tak lama tu PKP, tak jadi nak usha sebab fikir mesti lambat lagi ni.
Tapi kan, asal makan dekat kedai makan Saidina tu mesti nampak progress tempat ni. Pergh, laju jugak dia dah nak siap rupanya.
Lama dah ajak encik suami pergi, tapi biasalah, nak dengan tak nak tu sama banyak. Akhirnya baru ni dia sendiri ajak sebab dia kata
kena buat keputusan cepat.
Eh, dia pulak beriya, lepas tu cepat je set balik appointment dengan developer. ๐
Memandangkan weekday kami berulang Bentong – Gombak, jadi developer bagi tarikh semalam untuk jumpa.
Mula – mula jumpa kat ofis dia.
Lepas tu dia ajak pergi tengok sendiri. Fuh. Owner sendiri iaitu seorang kontraktor yang sangat berjaya dan banyak bangunan dia kat Bentong ni dengan begitu low profile melayan kami dengan baik sekali.
Dia sendiri terangkan banyak benda pada kami.
Tak nak minta banyak. Cuma nak minta kalian aminkan doa saya untuk kami memiliki kilang ini insyaallah. Supaya saya boleh bawa team Asmak pergi lebih jauh akan datang dan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan.
Impian saya nak ada 1 kilang untuk produk dan 1 kilang makanan. Ianya untuk projek yang sudah lama saya rancang untuk stokis-stokis dan agen nanti selain impian saya nak eksport produk ke luar negara.
Semoga semuanya menjadi kenyataan.
Start small, start slowly and steady.
Semoga semuanya berjalan lancar. Saya doakan orang yang aminkan doa ini juga dipermudahkan segala urusan dunia akhirat. Amin
#DoayangBaikbaik #SelaluOptimis #Asmak #WeAreFamily #MenjadikanHidupLebihBaik