Hari ni menerima tetamu dari badan kerajaan.
“Tak sangka tuan dan puan sampai ke tahap ini. Saya berbangga.. Bla bla bla..”
Panjang celotehnya diiringi senyuman yang sangat ikhlas.
Segan kami dipuji begitu.
Tuan itu adalah saksi kami hampir bankrup pada tahun 2017 akibat perbuatan khianat orang lain dan kesilapan sendiri juga.
Kadang kita tak tahu apa yang kita buat itu salah. Walaupun kelihatan kecil salahnya, tapi sekali didakwa, jenuh juga.
Terima kasih pada yang tak berhenti report tentang kami.
Alhamdulillah asbab kejadian itu kami lebih berhati – hati dan jadi lebih berilmu.
“Tuan, masa tu kami tak tahu benda itu salah.”
“Tak apa puan, lihatlah ofis ini sekarang. Meriah. Staf pun makin ramai, dulu bawah ni tak ada. Sekarang atas sampai bawah.”
Segan dipuji oleh pegawai berkenaan yang datang menjalankan tugasnya.
Kesilapan kami itu sangat kecil, tapi impaknya sangat besar.
Ye, hampir bankrup kami masa itu.
Tapi saya tak pernah cerita tentang perkara ini kerana ia hanya akan membuatkan orang yang jadikan kami musuh bertambah suka.
Apa saya buat?
Nangis puas-puas.
Layan down.
Layan stress.
Dan tak sampai beberapa hari terus bangkit.
Saya balas kerugian ratusan ribu ringgit itu dengan kejayaan yang berganda.
Dan inilah hasilnya sekarang. ❤️
Nfam,
Pantang mengalah sebelum kalah.