Akan tiba masanya, orang-orang yang mengikuti kezaliman, yang menghalalkan kezaliman ini berlaku, berada di tempat yang sama di akhirat kelak.
Mereka akan saling menuduh
“Kau yang menyesatkan Aku!” Yang dituduh akan berkata “Aku tidak menyesatkan kau, kau yang ikut aku”…
Dengan izin Allah mereka sama-sama dihumban ke tempat yang sama.
Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi”, mereka menjawab: ” Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan”.
(Al-Baqarah 2:11)
Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang sebenar-benarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya.
(Al-Baqarah 2:12)