Skip to main content

Rancangan asal nak ambil premis ni sebenarnya untuk tujuan lain.

Tapi tadi lepas tengok betul – betul dalam dia, eh, macam-macam pula dalam kepala.

Teringat minat en suami pada kedai runcit. Dan sebenarnya dulu sebelah HQ Asmak tu sebelum kedai mesin, ia adalah Dmart, Felda punya.

Masa mereka tutup, ada yang offer untuk kami sambung dengan mart kami sendiri tapi masa tu busy dengan Asmak, tak sempat dan bercampur takut sebab tak bersedia lagi.

Sekali orang lain dah sewa buat kedai mesin.

Sebelah kedai mesin tu la yang baru kosong sekarang.

Ianya untuk simpan stok makanan dan Asmak yang semakin banyak sekarang.

Tapi terfikir, kalau buka halal mart pun macam ok juga. Dah lama support produk IKS tempatan, kalau ada ruang lebih besar, bagus juga.

Nak jadikan pusat sehenti untuk usahawan trading sekali.

Tapi Speedmart baru buka selang beberapa buah je, bmf masih kuat tak sekarang? 😅

Ok, sebelum melalut lebih lama, sebenarnya nak jadikan stor je sebab HQ Asmak dah tak cukup tempat dan ditambah dengan produk makanan lagi yang semakin mendapat sambutan. Sebelum ni kita guna beberapa lokasi lain yang kita sewa. Yang ni berkenan sebab lebih dekat dengan HQ.

Kalau anda jadi saya, anda akan buat apa?

1. Jadikan stor
2. Halal mart
3. Stor dan halal mart mini
4. Cafe atau restoran
5. Frozen food dan produk IKS
6. Tempat proses produk makanan sendiri

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply